Pizza Hut kini menghidupkan semula keseronokan menjamu piza dalam suasana norma baharu dengan penawaran menu terbaru iaitu Piza Cheesy Poppers.

Piza Cheesy Poppers ini hadir dengan 18 kerak piza yang berintikan dua jenis keju selain ditaburi topping lazat seperti pepperoni, bebola ayam, dan dilimpahi dengan sos BBQ smokey tomato khas. Piza ini juga dilengkapi dengan sos keju pekat dan berkrim untuk pengalaman Cheesy Poppers yang lebih hebat. 

Menarik bukan? Untuk mendapatkan Piza Cheesy Poppers, ia dijual mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 di semua cawangan Pizza Hut di seluruh negara.

Pizza Hut menawarkan piza Cheesy Poppers pada harga bermula RM38.30 untuk hidangan ala carte. Bagi hidangan yang lebih besar, anda boleh mendapatkannya dalam pelbagai bentuk kombo pada harga serendah RM44.90. 

Bagi yang berminat, ia boleh dipesan melalui aplikasi Pizza Hut dan juga perkhidmatan penghantaran foodpanda dan GrabFood. Bukan itu sahaja, ia juga menampilkan khidmat pesanan yang ditawarkan melalui WhatsApp EasyOrder di talian 016-7552525 untuk mendapatkan piza anda bermula hari ini.

Menerusinya, ia juga memudahkan rakyat Malaysia untuk terus menikmati keenakan piza baru ini disamping keluarga tersayang dalam keadaan selamat di rumah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meraikan keseronokan ketika menjamu selera piza Cheesy Poppers bersama keluarga dengan menyertai #pulldippop di TikTok.

Lihat profil
Lina Rosli

792 artikel di Tajria.