Sebagai pengurus kedai edagang dan juga pengurus akaun media sosial, pernahkah anda anda mempunyai kesulitan dalam dalam mempromosikan dan berkongsi senarai pautan untuk kedai atas-talian anda.

Anda mungkin ingin mempamerkan halaman Twitter, Facebook Marketplace, Instagram Shop dan juga WhatsApp Catalog anda tetapi hanya ada satu pautan URL sahaja yang boleh anda kongsikan pada satu-satu masa.

Nampaknya, kini anda tidak perlu risau lagi. Socl hadir dalam membantu anda menyiarkan senarai pautan URL untuk kedai edagang anda dibawah satu pautan socl.co. 

Melaluinya, anda tidak lagi perlu menukar pautan setiap kali anda ingin melakukan perkongsian yang baharu.

Bagaimana untuk mula menggunakan Socl?

Bagi yang berminat, anda boleh mengikuti  3 langkah mudah untuk berkongsi segala laman web atau akaun media sosial di socl.

Langkah 1: Daftar akaun socl. Pilih nama untuk pautan URL anda (contoh; socl.co/nafawa) dan kemudian, masukkan emel, nama dan akhir sekali tetapkan kata laluan.

Pastikan anda meletakkan nama pengguna yang relevan dan mudah dikenali.

Langkah 2: Setelah selesai mendaftar. Anda akan terus dihubungkan ke laman tetapan pautan. Di sini, anda boleh menetapkan dan menyenaraikan semua pautan yang ingin dikongsikan.

Anda boleh menambah seberapa banyak pautan yang anda inginkan.

Langkah 3: Simpan semua informasi anda dan untuk menyemak akaun socl anda, layari socl.co/namapengguna

Setelah selesai, anda boleh meletakkan pautan socl.co anda di akaun Instagram atau mana-mana laman sosial media anda.

Paparkannya di ruangan bio pendek dan kongsikan bersama rakan anda yang lain.

Menarik bukan? Alat ini adalah kaedah yang sangat mudah dan pantas untuk menyenaraikan semua pautan penting anda ke dalam satu hub dan boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan perniagaan. 

Selain kedai atas-talian, penerbit kandungan juga boleh menggunakan kaedah ini untuk berkongsi kandungan video anda dari Youtube di akaun Instagram atau Twitter tanpa perlu menukar pautan setiap kali kandungan baru diterbitkan.

Layari: Laman Socl

Lihat profil
Lina Rosli

792 artikel di Tajria.