Sephora Singapura Kini Boleh Beli Dulu, Bayar Kemudian Menggunakan Atome

Baru-baru ini, Sephora Singapura dilihat hadir dengan integrasi pembayaran fleksibel Atome untuk pembelian sama ada di platform edagang, aplikasi mudah alih dan juga rangkaian fizikal Sephora di Singapura

Seperti yang anda ketahui, Sephora adalah kedai kosmetik dan kecantikan yang terkemuka di dunia dengan hampir 300 jenama kecantikan, termasuk jenama Sephora sendiri, Sephora Collection.

Di bawah jenama-jenama yang ditampilkan, ia menawarkan pelbagai produk termasuk solek, penjagaan kulit, wangian, penjagaan rambut, mandian badan dan banyak lagi.

Bercakap mengenai penawaran “Beli Dulu, Bayar Kemudian”, ia dilaksanakan bagi memberikan pelanggan mereka pengalaman pembayaran yang selamat, lancar dan mudah, selain membawakan fleksibiliti dan pilihan untuk mereka berbelanja dan membayar produk kecantikan yang diingini secara atas-talian.

Atome pula merupakan sebuah syarikat teknologi yang terletak di Singapura telah melancarkan perkhidmatannya pada bulan Disember 2019 dan kini bekerjasama dengan 1,500 peruncit secara atas-talian dan luar talian di kebanyakan bidang industri termasuk fesyen, kecantikan, peralatan rumah dan gaya hidup. 

Melaluinya, pelanggan boleh melakukan transaksi pembelian dengan pembahagian bayaran sebanyak tiga kali dengan kadah faedah sifar selain tanpa caj tersembunyi atau yuran tahunan.

Bagi anda di Singapura yang berminat, muat-turun Atome di App Store dan Play Store untuk menggunakannya hari ini!