Baskbear Coffee – Di Bawah Payung Yang Sama Dengan Tealive
Baru-baru ini saya ada mendapatkan satu cawan kopi melalui aplikasi penghantaran makanan yang popular. Dan antara yang menarik perhatian saya adalah Baskbear Coffee.

Mengapa ia menarik? Salah satunya adalah disebabkan penawaran harga yang sangat berpatutan selain senarai menunya yang juga unik dan menyelerakan.
Di sebalik Baskbear Coffee
Bask Bear Coffee adalah jenama kopi maya yang terkemuka dan paling pantas berkembang di Malaysia. Ia juga merupakan satu jenama baru yang diperkenalkan di bawah payung Loob Holdings.
Kenapa ia dipanggil kedai kopi maya? Hal ini kerana, ia ditawarkan di sekitar 87 lokasi maya di sekitar Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor dan Terengganu. Walau bagaimanapun, pada tahun 2020 ini, ia dilihat telah mula menawarkan kiosk di beberapa kawasan sekitar Malaysia.
Siapakah Loob Holdings? Ia adalah sebuah syarikat yang menguruskan jenama makanan dan minuman iaitu Tealive, Tearush, Define Food, Gindaco, Croissant Taiyaki dan Ko Ko Kai.
Kelainan Yang Dibawakan Loob Holdings
Menurut Bryan Loo, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, platform digital telah satu alternatif dan langkah penyelesaian untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat lebih-lebih lagi dalam tempoh Covid-19 ini.
Selain siri jenama maya Baskbear Coffee ini juga, pihak Loob Holdings menawarkan beberapa jenama makanan maya yang lain iaitu Just Pasta dan Tako Hangat.
_____________________________________________________________
Untuk tempoh masa terhad, Baskbear Coffee kini hadir dengan tawaran menarik antaranya:
Kombo Sarapan Setiap Hari – Potongan 45%

Dapatkan promosi ini lokasi Tealive berdekatan anda:
- Tealive SS2
- Tealive Shaftbury Cyber Jaya
- Tealive Aeon Rawang
- Tealive Kota Kemuning
- Tealive Bandar Sunway
- Tealive Menara VSQ
- Tealive Bandar Baru Bangi
- Tealive Bandar Puteri Puchong
- Tealive Taipan USJ II
- Tealive Cheras Mahkota
Potongan 45% Untuk Pembelian Secara Atas Talian Di GrabFood dan FoodPanda
Tawaran ini sah untuk pesanan menerusi GrabFood dan FoodPanda dan diambil di kedai Tealive berdekatan anda.

2 Cawan Cappuccino Pada Harga RM11
Dapatkan 2 cappuccino dengan harga RM11 di GrabFood sekarang, promosi sah sehingga 30 Nov 2020.

Sumber: The Malaysian Reserves