Tahukah Anda Berapa Banyak Data Dikongsikan Oleh Setiap Individu Di Dunia Setiap Minit?

Pernahkah anda terfikir apakah yang terjadi di dunia internet pada setiap minit?

Tahukah anda berapa banyak data yang dikongsikan oleh setiap individu di dunia pada setiap minit?

Tidak dinafikan bahawa era teknologi dilihat telah berkembang sangat pesat dan pantas selain memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan seharian kita. Ia juga dilihat telah membantu setiap individu untuk berkomunikasi dengan mudah dan pantas.

Lambakan aplikasi dan juga perisian yang kini mudah didapati di internet sedikit sebanyak telah menghasilkan segala jenis data yang membantu anda memahami dunia yang bergerak dengan pantas.

Baru-baru ini, Domo Inc dilihat telah mengeluarkan data yang dihasilkan menerusi pelbagai medium di dunia digital.

Ia menunjukkan sejumlah aplikasi yang paling kerap digunakan oleh individu di serata dunia. Antaranya adalah WhatsApp, Netflix, Twitter, Facebook, Youtube, Zoom, Instagram, TikTok, Spotify dan juga LinkedIn.

person holding black iphone 4

Untuk setiap minit di Internet, pengguna WhatsApp dilihat berkongsi sebanyak 41,666,667 mesej.

Manakala, pengguna Netflix menstrim 404,400 jam kandungan video pada waktu yang sama. Dan pengguna Youtube pula memuat-naik 500 jam video setiap minit dalam sehari. 

Youtube application

Bukankah itu satu digit yang terlalu besar?

Beralih ke media sosial pula, pengguna Facebook mencatatkan jumlah muat-naik foto sebanyak 147,000 dan berkongsi 150,000 mesej setiap minit.

Sementara, pengguna Instagram pula menerbitkan sekitar 347,222 Instagram Stories dalam pada masa yang sama.

Untuk TikTok pula, setiap minit yang berlalu sebanyak 2,704 pengguna telah berdaftar.

person taking picture of the foods

Nampaknya, ia benar-benar mencerminkan yang mana data tidak pernah tidur.

Bercerita mengenai aplikasi lagi, LinkedIn menerima permohonan kerja sebanyak 69,444 dari seluruh dunia setiap minit.

Seterusnya Reddit menyaksikan 479,452 individu berinteraksi dengan kandungan setiap minit sepanjang hari.

Amazon pula menghantar 6,659 pakej setiap minit, sementara iklan profil perniagaan Instagram mendapat 138,889 klik pada masa yang sama.

Rententan dari saranan bekerja dari rumah dan limitasi dalam interaksi secara bersua muka, penggunaan aplikasi Zoom juga dilihat telah mendapat sambutan ramai. Ia telah mengehos sebanyak 208,333 peserta di dalam mesyuarat setiap minit dan sementara pasukan Microsoft menghubungkan 52,083 pengguna dalam masa yang sama.

man holding tablet computer

Jelas di sini menunjukkan Internet telah menghubungan individu untuk pelbagai tujuan.

Kira-kira 1,000,000 pengguna berada di internet pada setiap minit sekaligus menyaksikan bagaimana ekonomi digital mempengaruhi banyak aspek kehidupan kita.

Apa yang boleh diringkaskan menerusi perkongsian data ini, teknologi dan aplikasi digital telah banyak mengubah tabiat dan aktiviti individu. Berbanding data yang dipaparkan Domo pada tahun 2019, ia menunjukkan peningkatan yang mendadak dari tahun ke tahun menunjukkan seberapa besar pengaruh teknologi terhadap yang baru.

Malah, sebilangan besar organisasi juga beroperasi secara berbeza disebabkan oleh COVID-19.

Ledakan aktiviti yang berterusan di internet dengan jumlah pengguna sekitar 4.5 bilion dilihat akan meningkat lebih jauh pada tahun-tahun mendatang.

Sumber: Domo Inc