Platform Fesyen Muslimah Modanisa.com – Jenama Turki Kini Di Malaysia

Modanisa.com merupakan sebuah platform atas-talian yang berasal dari Turki kini ingin meluaskan sayap ke pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia. Ia dilihat telah rasmi diperkenalkan menarusi laman web dan juga aplikasi tersendiri di Kuala Lumpur.

Laporan Digital Malaysia 2019 telah menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia dan Singapura untuk berbelanja lebih tinggi melalui platform edagang berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.

Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa 81% rakyat Malaysia adalah pengguna internet yang aktif. Dan sekitar 80% pengguna Malaysia yang membeli-belah secara atas-talian adalah berumur lingkunagn 16 hingga 64 tahun.

Modanisa.com merupakan salah satu gerobok fesyen yang hadir dengan akses sebanyak 75,000 produk daripada 850 jenama global. Dan antara rangkaian produk Modanisa.com yang diperkenalkan termasuk sut, jubah, seluar, loungewear dan lingerie, pakaian untuk ke majlis, pakaian plus size dan juga pakaian sukan. Modanisa.com turut menawarkan pelbagai pilihan hijab termasuk tudung, penutup kepala (bonnet) dan aksesori.

Aneka pilihan pakaian dengan gaya kontemporari dan bermutu tinggi ditawarkan pada harga mampu milik menjadikannya mudah dimiliki oleh fashionista dan hijabista daripada golongan berpendapatan sederhana.

Bukan itu sahaja, jenama ini dilihat menyasarkan golongan milenial yang bergaya. Ia dibuat berdasarkan trend dalam industri fesyen paling banyak dikonsum dari kalangan golongan ini.

Jenama-jenama di bawah Modanisa.com terdiri daripada pendatang baharu dalam industri hingga ke jenama fesyen sopan yang ternama di dunia termasuk TUVA, BENIN, REFKA, TAVIN, Everyday Basic, Luvic dan label plus-size ALIA – semuanya label persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh Modanisa.com.

Bagi yang berminat, layari laman rasmi Modanisa atau mula muat turun aplikasi Modanisa di App Store dan juga Play Store.