Asal Usul Penulisan – Bilakah Masyarakat Mula Menulis Menggunakan Pen?

Pernahkah anda terfikir bagaimana penulisan mula diperkenalkan?

Penulisan dianggap telah lama diciptakan dalam satu peradaban dan antara yang paling popular adalah tulisan yang dipaparkan di dinding gua yang disebut hieorglif.

Bentuk penulisan yang paling awal adalah piktograf. Ia adalah simbol yang mewakili objek dan berfungsi untuk membantu untuk mengingat sesuatu perkara. Piktograf ini dipamerkan pada tanah liat basah yang kemudian dikeringkan, dan ini menjadi catatan rasmi perdagangan. 

brass quilt pen

Namun persoalannya di sini, siapakah yang pertama menulis menggunakan pena?

Menurut buku berjudul Kitab Peninggalan-Peninggalan Bersejarah Para Nabi karya Abdul Syukur al-Azizi, ia menyatakan bahawa Nabi Idris AS adalah manusia pertama yang menemukan tulisan dalam sejarah peradaban umat manusia.

Dalam catatan sejarah, penulisan yang tertua ditemui di tempat Nabi Idris sewaktu menyeru kaum Sumeria yang kini lebih dikenali sebagai bangsa Iraq. Menguatkan lagi bukti ini adalah penemuan arkeologi berusia 4,000 tahun dahulu yang dihasilkan dari zaman Sumeria iaitu tulisan tentang matematik dalam bentuk tulisan huruf paku.

Dalam riwayat Ibnu Ishak pula, beliau ialah orang pertama yang boleh menulis menggunakan pena. Beliau juga diriwayatkan sebagai orang yang telah mencipta alat untuk menulis, iaitu pen dan pensil sekaligus menjadikannya boleh menulis mushafnya sendiri.

Selain itu, berdasarkan kajian sejarawan, naskah kuno Kitab Khanukh atau Abnukh ditulis Nabi Idris A.S. Ia menceritakan peradaban tertua pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwiyatkan Muslim dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami: ”Dahulu, ada seorang nabi yang menulis dengannya (maksudnya menulis di atas pasir)”.

fountain pen on black lined paper

Perkembangan Bidang Penulisan Di Negara Lain

Menjelang 1300 SM, sistem penulisan telah mula berkembang di akhir dinasti Shang China. Orang Cina mempunyai banyak penemuan terkenal. Antaranya pada tahun 868 M, mereka mengeluarkan buku pertama yang dicetak berjudul The Diamond Sutra.

Ia menggunakan cetakan huruf dan watak individu yang dapat disusun menjadi kata-kata pada bingkai. Orang Cina menggunakan tanah liat di cetakan manakala orang Korea pula menggunakan gangsa untuk cetakan penulisan. Pada zaman ini juga, masyarakat mula menulis dan mencipta huruf sendiri yang mana bidang penulisan lebih meluas dan lebih tersusun.

Sistem penulisan ini juga telah berkembang 900 M hingga 600 M ke Mesoamerika. Bentuk penulisan yang diperkenalkan adalah gabungan sistem logografi dan suku kata. Mereka sering disebut hieroglif seakan penulisan Mesir.

Seterusnya,dengan penemuan mesin cetak, literasi mula berkembang dan buku rujukan seperti kamus juga menjadi popular dalam kalangan pengembara.

Sumber: Tzkrh, Wikipedia- Mesoamerican Writing System