Adam Rizqi, Ainul Mardhiah Nama Popular Bayi Untuk 2019
Statistik di Malaysia menunjukkan kadar kelahiran pada tahun 2019 menurun sebanyak 2.8 peratus yang mana sekitar 487,957 kelahiran di seluruh negara yang mana 252,490 untuk bayi lagi lelaki dan 235,467 pula bagi bayi perempuan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Selangor menunjukkan jumlah kelahiran tertinggi iaitu 95,211 kelahiran, diikuti Johor (60,098) dan Sabah (52,686). Kelahiran terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Putrajaya (2,314).
Manakala, kadar kematian tertinggi pula dicatatkan di negeri Selangor iaitu sebanyak 27,700 kes kematian. Di tangga kedua adalah Johor (21,776) dan Perak (18,712) bagi tahun 2019.
Pernahkan anda terfikir berapa rama bayi yang dilahirkan di Malaysia pada setiap jam?
Jawapannya, kira-kira 56 bayi dilahirkan untuk setiap jam dan seramai 1,337 bayi dilahirkan pada setiap hari.
Bukan itu sahaja, Jabatan Perangkaan Malaysia juga turut berkongsi beberapa data menarik mengenai kelahiran di Malaysia seperti senarai nama sohor kini 2019 dan purata umur ibu yang melahirkan anak pertama.
Tahukah anda, antara nama bayi yang paling sohor kini untuk 2019 adalah Muhammad Adam Rizqi dan Ainul Mardhiah untuk bangsa Melayu, sementara Yu Zhe dan Yu Xuan untuk bangsa Cina dan Sharvin dan Vaishnavi untuk bangsa India.
Bercakap mengenai kelahiran lagi, di Malaysia menunjukkan purata umur ibu yang melahirkan anak pertama adalah 27.9 tahun.
Jadi, bagaimana pula untuk tahun 2020? Apakah senarai nama sohor kini untuk tahun ini? Dan bagaimana pula dengan jumlah kelahiran dan kematian untuk tahun ini? Yang mana seperti yang kita tahu, pandemik ini sudah tentu telah banyak memberikan kesan kepada data tahun ini.