Carian
Tips Produktif – Bagaimana Boleh Saya Berhenti Buang Masa?
November 22, 2020 Lina Rosli

Tips Produktif – Bagaimana Boleh Saya Berhenti Buang Masa?

Tidakkah anda berasa masa bergerak begitu pantas? Cuti 2 hari pada hujung minggu seakan 2 jam berlalu.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sudah merancang pelbagai aktiviti dan tugasan yang perlu anda laksanakan pada hujung minggu, namun hanya satu atau dua perkara sahaja yang anda lakukan?

Jika ya, tidakkah anda telah menjadikan hari cuti anda tidak produktif?

analog clock at 12 am

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Produktif?

Apa itu produktif? Ia adalah terma yang biasa digunakan apabila anda dapat menyelesaikan lebih banyak perkara. Sekiranya anda seorang yang produktif, anda boleh melakukan lebih banyak tugasan atau aktiviti pada tempoh yang lebih sedikit masa. 

Sekiranya anda telah melaksanakan tugas harian dengan lebih pendek masanya, maka anda boleh fokus kepada tugasan lain yang lebih sukar dan lebih penting pada masa yang lain. Bukan itu sahaja, anda juga akan mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang anda gemari seperti hobi atau menghabiskan masa dengan rakan anda.

Bagaimanakah Cara Untuk Menjadi Produktif?

Bercakap mengenai produktiviti, ia juga sebenarnya merujuk kepada cara atau kaedah untuk menyelesaikan perkara dengan betul.

Pengurusan masa yang baik ini juga membantu anda menjalankan tugas anda dengan lebih baik, menjalani kehidupan yang lebih tersusun selain dapat mempelajari kemahiran baru dan banyak lagi.

Jika tidak, anda hanya kekal dalam melakukan tugasan yang sama. Malah, anda mungkin kelihatan sibuk, tetapi anda tidak akan mencapai apa-apa yang bermakna.

Berhenti Buang Masa!

Secara praktikal, anda mungkin bekerja selama 48 jam seminggu, namun adakah dengan masa yang digunakan itu benar-benar dipenuhi dengan perkera yang produktif?

Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada cara untuk meningkatkan produktiviti diri serta langkah yang boleh anda gunakan untuk berhenti membuang masa.

Ketahui Masa Anda

Sekiranya anda tidak mengukur masa anda, ia akan menjadi sukar untuk menghentikan tabiat menunda kerja anda. Oleh itu, anda perlu menguruskan masa anda dengan lebih baik, anda harus tahu yang mana harus diselesaikan terlebih dahulu.

Bagaimana anda tahu masa anda? Simpan log aktiviti. Ia seakan catatan aktiviti harian yang membantu setiap perkara yang anda lakukan sepanjang hari.

Kenalpasti Kerja Yang Tidak Produktif

Langkah ini sebenarnya sangat mudah. Bagaimana anda boleh mengetahui perkara itu penting atau tidak, anda boleh bertanya satu soalan kepada diri:

“Apa yang akan berlaku sekiranya anda berhenti melakukannya? “

Sekiranya jawapannya adalah semua perkara akan terkesan dan akan berlaku sesuatu masalah apabila tidak melakukannya, maka ia penting.

Tetapi jika jawapan anda adalah: “Tidak ada apa yang akan terjadi.” Maka, ia boleh disusun pada aktiviti sambilan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa lapang anda.

Elakkan Mula Dengan Aktiviti Yang Buang Masa

Selalunya, kita memulakan aktiviti membuang masa seperti bermalasan, tatal sosial media sejurus lepas bangun dan banyak lagi yang lain. Apabila sudah menjadi kebiasaan, ia akan menyukarkan anda untuk memulakan aktiviti baru yang lain.

________________________________________________________________________

Pengurusan masa yang baik tidak hanya mengurangkan tugasan yang perlu anda lakukan, tetapi juga memenuhi tujuan yang lebih penting. Ini membebaskan anda untuk melakukan perkara yang anda gemari. Anda mungkin boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga dan rakan dan juga mempunyai lebih banyak masa untuk hobi anda.

Komen