PUMA Melancarkan Kasut RS-2K – Rekaan Diilhamkan Dari Dunia Digital

Baru-baru ini, Puma telah membawakan model kasut terbaru iaitu RS-2K. Ia menampilkan rekaan yang terinspirasi daripada dunia digital yang futuristik.

Ia dilihat menggabungkan rekaan yang popular pada sekitar tahun 2000-an yang mana menampilkan seni yang berlapis-lapis. Siluet ini merangkumi lapisan mesh atau jaring dan juga sintetik. Bagi menaikkan lagi tarikan rekaan, ia menawarkan warna yang cerah dan terang dengan campuran kulit suede.

Sementara di bahagian dalam pula, ia membawakan tapak dalam yang empuk untuk memastikan keselesaan dan juga kemudahan untuk bergerak.

Dua jenis warna diperkenalkan iaitu Dark Shadow-Fluo Green dan Vaporous Gray-Puma Black-Dresden Blue khusus untuk kedai rangkaian PUMA.

Bagi yang berminat, ia boleh didapati di LazMall Puma, laman atas-talian PUMA.com, PUMA Stores dan sukan JD pada harga RM 569 sepasang.