Carian
Ini Adalah 3 Agregator Untuk Servis Kurier- Menawarkan Pilihan Mengikut Harga Dan Kecekapan
November 24, 2020 Lina Rosli

Ini Adalah 3 Agregator Untuk Servis Kurier- Menawarkan Pilihan Mengikut Harga Dan Kecekapan

Bergerak dalam zaman pandemik ini, perkhidmatan penghantaran dan juga kurier sangat penting dalam memastikan bungkusan yang dikirim dapat dihantar kepada pelanggan tepat pada waktunya.

Walau bagaimanapun, dengan lambakan servis penghantaran dan kurier yang ada di pasaran pasti menyukarkan para peniaga untuk mendapatkan pilihan tawaran yang terbaik yang boleh digunakan sewaktu penghantaran.

brown cardboard boxes on black plastic crate

Oleh itu dengan adanya agregator untuk servis ini, para peniaga boleh membuat pembandingan berdasarkan keperluan masing-masing.

EasyParcel

EasyParcel menyediakan perkhidmatan pemprosesan dan penghantaran secara automatik. Melaluinya, anda boleh memilih senarai servis kurier yang ada mengikut penepatan lokasi.

Menarik mengenai EasyParcel adalah sistem kredit yang digunakan bagi menjimatkan masa selain memudahkan kaedah untuk membuat pembayaran pesanan. 

Untuk menambah-nilai kredit, ia boleh dilakukan melalui kad kredit, kad debit, Boost dan juga 7-Eleven. Nilai tambah-nilai minima adalah serendah RM20.

Namun, bagi anda yang tidak EasyParcel menawarkan dua pilihan keahlian yang mana untuk setiap tambah nilai akan memberikan harga yang berbeza. Manakala, di setiap pendaftaran, pengguna boleh menerima baucar RM10.

Ini adalah senarai rakan kongsi untuk penghantaran domestik; Poslaju, Nationwide Express, Skynet, CJ Century, ABX, DHL E-commerce, Airpak, Zepto Express, Pgeon Delivery dan juga J&T.

Untuk penghantaran hari yang sama, pastikan anda membuat pesanan sebelum pukul 12 tengahari.

Bukan itu sahaja, EasyParcel turut menawarkan pembelian plastik pembungkusan dan juga mesin pencetak termal secara atas-talian bagi anda yang ingin mendapatkannya.

Layari laman rasmi EasyParcel untuk maklumat lanjut.

MyParcel Asia

MyParcel Asia menyediakan transaksi penghantaran yang lancar menggunakan teknologi terkini. Senarai perkhidmatan yang tersedia adalah Poslaju, Nationwide, ABX, DHL dan GoGet.

Untuk transaksi pembayaran boleh dilakukan menerusi Billplz.

Tambah-nilai pakej penghantaran yang ditawarkan serendah RM20 yang mana kadar bayaran untuk bungkusan adalah sekitar RM6.90 sehingga RM8.00 bagi berat dibawah 5kg.

Bagi pengguna penghantaran barangan berat dan lebih dari 10 penghantaran pada satu masa dengan majoriti penghantaran adalah dengan variasi produk yang sama, anda boleh memasukkan semua butiran dalam Microsoft Excel dengan kuantiti maksima 100 bungkusan.

Layari laman rasmi MyParcel Asia untuk maklumat lanjut

Shippop

SHIPPOP menawarkan sistem logistik yang boleh menghantar bungkusan di dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, ia juga membantu menguruskan kos penghantaran selain menawarkan pengalaman penghantaran terbaik.

Sama seperti EasyParcel, anda hanya perlu meletakkan poskod penghantara dan juga berat untuk mendapatkan quotes harga yang ditawarkan.

Senarai perkhidmatan kurier yang ditawarkan dibawahnya adalah Poslaju, Nationwide Express, Skynet, CJ Century, ABX, DHL E-commerce, Aramex dan Ninjavan

Untuk melakukan transaksi pembayaran, tidak ada tambah-nilai minima yang ditetapkan. 

Dari segi penghantaran di bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia, biasanya memerlukan 1 hingga 3 hari bekerja untuk menyelesaikan penghantaran.

Sementara penghantaran ke Malaysia Timur, biasanya diperlukan 2 hingga 5 hari bekerja untuk menyelesaikan penghantaran.

Layari laman rasmi Shippop untuk maklumat lanjut.

Komen