Carian
Orang yang anda perlukan dalam hidup anda.
November 24, 2020 Issani Isa

Orang yang anda perlukan dalam hidup anda.

Kita semua ada kawan atau seseorang yang penting dalam hidup. Merekalah yang bersama anda apabila anda senang dan susah. Kelapan-lapan orang ini tidak semestinya orang yang berlainan. Ia boleh datang dari orang yang sama. Tidak semestinya kita perlu kawan yang ramai. Apa yang penting mereka ada kualiti dan boleh membawa anda ke jalan yang betul. Di sini kami senaraikan jenis-jenis orang yang anda perlu ada dalam hidup anda.

1. Cheerleader

Cheerleader adalah orang dalam hidup anda yang merasakan anda ini hebat. Mereka bersorak untuk anda dan percaya pada semua yang anda lakukan.

2. Pusher

Pusher ini adalah seseorang yang mendorong anda menjadi yang terbaik. Mereka ini membuatkan anda memikirkan mengenai kehidupan, pilihan dan arah tuju dalam hidup.

3. Loyal confidant

Ini adalah seseorang yang menyayangi anda dan sentiasa di sisi anda untuk mendengar apa yang ada dalam fikiran anda, tidak kiralah seburuk mana sekalipun. Penting untuk anda mempunyai seseorang di dalam hidup anda yang tidak akan menilai anda atau berkongsi perbualan yang peribadi.

4. Energizer

Energizer ini adalah seseorang yang bersemangat dalam kehidupan dan mudah mempengaruhi orang lain kerana sifat positif mereka. Mereka bukan sahaja optimistik tapi mendorong anda untuk berimpian tinggi. Energizer akan membuatkan anda ketawa, terinspirasi dan dipenuhi dengan tenaga positif yang luar biasa.

5. Mentor

Mentor adalah mereka yang sudah berjaya melakukan apa yang anda sedang usaha lakukan dan seseorang yang sukses. Mereka boleh membimbing anda ke jalan yang betul dan berkongsi apa yang menjayakan dan mengagalkan mereka. Ini boleh membantu anda mengelakkan kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan anda.

6. Adventurous sidekick

Mereka bersedia untuk turut serta apabila ada ‘adventure’ yang baru. Amat mudah untuk lalai dan tersangkut dengan rutin tetapi sidekick anda akan mendorong anda untuk mencuba benda baru dan mengatasi ketakutan dan batasan anda. Mereka juga adalah rakan yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

7. Best friend

Mereka pembela anda yang garang, pendengar yang setia dan orang yang paling jujur dengan anda. Anda mungkin mempunyai seseorang begitu dalam hidup. Best friend anda adalah seseorang yang tahu semuanya mengenai anda dan menyayangi anda seburuk manapun.

8. Funny (crazy) friend

Kawan yang kelakar akan selalu membuatkan anda ketawa. Apabila anda down, mereka pasti boleh mengeluarkan kata-kata lucu untuk memberikan senyuman kepada anda.

Credit from www.macbythesea.com…

Komen