Issani Isa Diterbitkan 24 November 2020

Kenali jenis format file

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis format file yang wujud dalam dunia perkomputeran. Setiap file mempunyai tugas dan kegunaan yang berlainan. Ada file yang digunakan untuk menyimpan text, audio, gambar dan video. Ada yang digunakan untuk menjalankan sesuatu program ataupun ada juga yang digunakan untuk memproses data dari file yang lain. Berikut adalah senarai jenis-jenis file yang popular dan kerap dijumpai.

1) JPEG (Joint Photographic Experts Group)

JPEG adalah format file yang paling biasa digunakan pada kamera digital dan dalam dunia internet. Format file ini menggunakan konsep lossy compression iaitu membuang data yang mata manusia tidak dapat lihat dan hanya menunjukkan data yang mampu dilihat sahaja.

Format JPEG popular kerana boleh menyimpan gambar yang berkualiti dalam saiz file yang kecil. Selain itu ianya boleh di muat naik ke semua platform tanpa mengira saiz file.

2) PNG (Portable Network Graphics)

PNG adalah format file yang berkualiti tinggi yang digunakan dalam menyimpan imej atau gambar. Format file ini pula menggunakan konsep lossless compression dimana ia menyokong imej yang berkualiti tinggi sambil mengekalkan warna dan sharpness original.

Format PNG juga menyokong gambar yang tidak ada background seperti logo ataupun produk. Saiz file PNG kebiasannya lebih besar berbanding file JPEG. Oleh itu, gambar yang berformat PNG tidak digalakkan untuk diletakkan dalam jumlah yang banyak pada website kerana boleh menyebabkan masa untuk loading semakin bertambah.

3) GIF (Graphics Interchange Format)

Anda pasti pernah mendengar atau menggunakan file format ini. File format GIF kebiasannya digunakan untuk menyimpan animasi. GIF menggunakan konsep LZW (Lempel-Ziv-Welch) iaitu lossless data compression. File jenis ini sesuai untuk digunakan untuk menyimpan gambar rajah, bentuk, logo dan lain-lain.

Kelebihan GIF adalah saiznya yang kecil dan sesuai untuk digunakan dimana-mana. File ini juga menyokong gambar yang tiada background.

4) PDF (Portable Document Format)

File format ini sering digunakan pada dokumen online dan dokumen untuk percetakkan. PDF merupakan file yang dicipta oleh Adobe dengan matlamat untuk memaparkan dokumen tak kira peranti apa yang digunakan oleh pengguna.

File PDF mampu menyimpan text, gambar, gambar vektor dan file audio. Anda boleh membuat file PDF dengan menggunakan pelbagai jenis software seperti Adobe Photoshop, Adobe Acrobat, Adobe Illustrator, Microsoft Word, Google Docs dan lain-lain.

5) MP4 (Moving Picture Experts Group)

File MP4 merupakan file multimedia yang paling popular kerana ia digunakan untuk menyimpan video, audio dan subtitles. Kelebihan MP4 adalah ia mampu menyimpan video berkualiti tinggi dalam saiz yang kecil. Format file jenis ini juga mudah diupload dimana-mana platform media sosial. File MP4 pula boleh dimainkan oleh semua media player yang utama, jadi tiada masalah untuk anda membuka file MP4.

Akhir kata, setiap file mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing. Oleh itu anda perlu bijak dalam memilih untuk menyimpan data pada format yang betul.