ASICS Memperkenalkan Kasut GEL-LYTE III – Rekaan Ikonik KLCC
ASICS SportStyle kini menampilkan edisi terbaru untuk sneaker GEL-LYTE III. Ia hadir dengan rekaan ikonik diinpirasikan daripada Menara Berkembar Kuala Lumpur yang direka khas oleh Hundred% dan SneakerLAH.
Menggabungkan seni fesyen dan juga seni bina, kasut ini membawakan elemen yang lebih bergaya, lebih selesa selain memberikan hasil produk yang klasik dan juga penampilan yang lebih berani.
Mengulas lebih lanjut dari segi rekaannya, ia menampilkan warna kelabu logam, mewakili estetika logam Menara Berkembar. Ditambah lagi dengan sorotan warna hijau bahagian tumit kasut dan diserlahkan lagi dengan jalur ASICS.
Pemilihan KLCC atau Menara Berkembar Kuala Lumpur ini adalah kerana ia salah satu ikon Malaysia yang paling dikenali ramai. Elemen menara ditampilkan secara keseluruhan dalam reka bentuk kasut ini adalah untuk berkongsi kebanggaan Malaysia kepada seluruh dunia.
Bagi yang berminat, jumlahnya terhad kepada 500 pasang yang akan disediakan melalui undian secara atas talian di laman rasmi SneakerLAH pada 3 dan 4 Disember dan juga pada Hundred% pada 12 dan 13 Disember.