Isi Minyak Waktu Tangki Hampir Kosong Atau Isi Minyak Apabila Ia Di Paras Separuh?
Adakah anda seorang yang cepat berasa resah jika melihat meter bahan api anda berada di paras ‘E’ atau hampir kosong?
Atau anda merupakan individu yang tetap tenang apabila meter bahan api anda sudahpun memaparkan lampu amaran bahawa kereta anda perlu mula mencari stesen petrol?
Membiarkan tangki bahan api kereta anda di paras E adalah satu tabiat yang tidak baik. Hal ini kerana, ia mungkin akan mati bila-bila masa dan juga nasib tidak baik tiada stesen petrol berdekatan pada waktu kecemasan.
Jadi, berapakan paras bahan api yang memerlukan anda untuk terus mengisi minyak?
Jawapannya adalah pengisian bahan api harus dilakukan ketika tahap paras api atau kuantiti minyak anda kurang dari satu per empat (1/4) untuk mencegah kerosakan pada pam bahan api anda.
Mengapa tidak boleh membiarkan tangki bahan api di paras kosong?
Salah satu sebab mengapa anda tidak perlu menunggu sehingga lampu amaran menyala baru bergerak ke stesen minyak adalah kerana tindakan itu boleh menyebabkan pam menyedut sedimen di dalam tangki.
Untuk pengetahuan anda, lampu amaran akan bernyala apabila kuantiti bahan api telah mencapai paras sekitar 10 hingga 15 peratus dari jumlah kapasiti tangki.
Bercerita semula mengenai tangki kereta lagi, di dalamnya terdapat seat komponen yang dinamakan pam.
Pam bahan api ada bertujuan untuk menghantar bahan api dari tangki ke mesin. Ia bergantung pada petrol di dalam tangki supaya kekal sejuk dan dilincirkan. Jadi, apabila mengendalikan kereta dengan kuantiti bahan api yang sedikit di dalam tangki akan menyebabkan pam tidak dapat dilincirkan dan berisiko menjadi terlalu panas.
Kesannya, pam bahan api akan gagal beroperasi dengan baik sekaligus akan menyebabkan prestasi yang buruk. Bukan itu sahaja, kereta juga tidak dapat memecut dengan lancar.
Selain itu, pam bahan api juga mempunyai penapis yang cepat kotor jika anda memandu dengan tangki rendah. Iakerana sedimen atau kotoran akan tenggelam ke bahagian bawah tangki seterusnya menyebabkan ia tersumbat.
Mitos Mengenai Paras Tangki Yang Sepatutnya Diisi: Penuh Atau Separuh?
Isi minyak penuh atau separuh sebenarnya bergantung kepada penggunaan dan keperluan anda.
Jika anda mengisi tangki anda hanya separuh penuh, ia akan memerlukan anda untuk kerap berkunjung ke stesen minyak.
Ada individu yang pernah menyatakan sebelum ini yang mana jika mengisi setengah tangki sahaja, beratnya juga akan menjadi lebih sedikit sekaligus menyebabkan lebih sedikit bahan api yang dibakar sewaktu pemanduan. Tenyata ia tidak begitu benar.
Apabila tangki bahan api pada paras penuh, ia menyumbang kurang dari 5% daripada berat keseluruhan kereta anda. Jadi, jika anda mengisi tangki separuh sahaja, ia akan mengurangkan berat kereta anda sebanyak 2.5% dan tidak akan memberi kesan ketara terhadap penggunaan bahan api.
Konklusinya, setelah mengetahui bahawa pemanduan sewaktu tangki kosong sebenarnya tidak baik untuk kereta anda, jadi tiba masanya anda perlu mengubah tabiat ini. Ia adalah perkara yang penting untuk anda sentiasa peka dengan keadaan kereta anda supaya anda dapat mengisi minyak atau petrol pada waktu yang ditetapkan.