Bilakah pertama kali anda memakan bertih jagung?

Tahukah anda bahawa bertih jagung atau lebih dikenali sebagai popcorn sebenarnya merupakan antara snek makanan yang paling awal diperkenalkan kepada umum.

Jika di Malaysia, bertih jagung ini sangat sinonim dengan snek makanan sewaktu ingin menonton wayang tidak kira di rumah mahupun di pawagam.

Namun, tahukah anda siapa yang awal mencipta snek makanan ini?

white printer paper with black texts

Asal Usul Bertih Jagung

Menurut rekod arkeologi, ada penjelajah Perancis yang menulis tentang Iroquois memasukkan biji jagung yang keras di dalam balang tembikar yang dipenuhi dengan pasir yang telah dipanaskan.

Menjelang pertengahan tahun 1800-an, bertih jagung ini mula muncul sebagai hidangan snek bersama keluarga ketika berkelah dan bersosial. Ia kemudiannya telah diperkenalkan dengan lebih meluas oleh seorang pengusaha dari Chicago bernama Charles Cretors yang telah mencipta mesin popcorn-popping pertama pada tahun sekitar 1890-an. Menjelang tahun 1900, Cretors memperkenalkan gerabak popcorn kuda, dan era pemakan popcorn bermula.

Selain itu, terdapat bukti yang mengatakan ia dijumpai di New Mexico pada tahun 1948, Herbert Dick dan Earle Smith. Mereka menemui kepala jagung kecil dan mengutip biji-bijian secara terpisah di dalam gua kering yang dikenali sebagai "Bat Cave." 

Ada juga kajian sebelum ini menyatakan orang India Aztec menggunakan popcorn bukan hanya untuk makan tetapi juga untuk menghias pakaian dan hiasan upacara lain.

Ketika penjajah mula bertapak di Amerika Utara, mereka mengambil makanan Orang Asli Amerika yang popular. Dan pada waktu itu popcorn disajikan sebagai makanan ringan atau snek yang dimakan dengan susu dan gula seperti bijirin sarapan pagi.

white popcorn on clear glass container

Mengapa Bertih Jagung Disajikan Di Kebanyakan Pawagan Di Malaysia?

Pawagam mula popular pada awal tahun 1900-an, namun pada ketika itu bertih jagung masih lagi belum disajikan di kaunter makanan pawagam. 

Sebelum ini, visi awal pengenalan pawagam adalah untuk bersaing dengan teater filem yang ingin membawakan pengalaman mewah saat berkunjung. Dan pada waktu itu juga, makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalamnya.

Sekitar tahun 1927, pawagam ini mula diterima baik umum dan orang ramai ingin membawa makanan ringan sewaktu menonton filem. Kemudian. penjual jalanan melihat peluang ini dan mula menjual bertih jagung di luar pawagam. Akhirnya, pemilik pawagam sendiri melihat ini sebagai peluang menjana wang dan mula menjual popcorn sendiri.

white rice on red tray

Dari sudut pandang pemilik pawagam, bertih jagung adalah satu snek yang tidak memerlukan kos yang tinggi selain boleh dihasilkan pada kuantiti yang banyak dan tidak memerlukan kemahiran khusus untuk membuatnya.

Bukan itu sahaja, bau karamel yang dipadankan bersama bertih jagung sudah tentu akan menarik minat orang ramain untuk memakannya. Tambahan lagi,  ia juga mudah untuk dikendalikan selain tangan tidak mudah kotor sekaligus tidak akan mengganggu anda daripada menonton.

Jadi, itulah sebabnya orang makan bertih jagung di pawagam. Ini adalah snek yang praktikal dan dinikmati oleh penonton ketika berkunjung ke pawagam. Walau bagaimanapun, kebanyakan pawagam masa kini telah mula menawarkan variasi pilihan makanan yang menyelerakan dan masih lagi mudah untuk dikendalikan.

Sumber: Smith Sonian Mag, History

Lihat profil
Lina Rosli

922 artikel di Tajria.