Kemaskini Aplikasi Royal Canin Club – Kini Menawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah
Royal Canin kini hadir dengan fungsi menarik serba baharu yang direka khas pada aplikasi mereka.
Menerusi kemaskini ini, ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan set hadiah eksklusif dan juga produk lain yang boleh dibeli menggunakan mata ganjaran terus ke rumah melalui perkhimatan penghantaran yang disediakan.
Bukan itu sahaja, Royal Canin Club juga diperkenalkan untuk mendidik dan membimbing pemilik haiwan di Malaysia mengenai kaedah penjagaan haiwan peliharaan menerusi penawaran kandungan yang informatif dan menarik merangkumi topik seperti diet dan pemakanan, kesihatan pencernaan, penjagaan dari neonatal hingga penuaan, penjagaan kulit dan bulu, latihan dan tingkah laku, dan juga kesihatan umum mereka.
Selain itu, Royal Canin juga melancarkan kempen ganjaran yang membolehkan para pembeli menebus ganjaran menggunakan mata ganjaran pada nilai yang lebih rendah sempena dengan musim perayaan hujung tahun ini. Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk produk-produk Royal Canin seperti makanan basah di dalam tin atau paket untuk kucing dan anjing.
Bagi yang berminat, muat-turun aplikasi Royal Canin Club di App Store atau Google Play Store bermula hari ini. Bagi yang baru berdaftar, anda juga berpeluang menebus baucar permulaan dan set hadiah selagi stok masih ada.