Asal Usul Industri Makanan Sejuk Beku – Adakah Ia Relevan Pada Musim Covid-19?

Jika kita lihat sejak 2 tahun kebelakangan ini, makanan sejuk beku telah semakin popular dalam kalangan individu di Malaysia.

Hal ini dapat dilihat jelas berdasarkan indeks pertumbuhan industri makanan sejuk beku dan juga peningkatan jumlah syarikat makanan ini di dalam pasaran tempatan.

Menurut Persatuan Pemproses Makanan Beku Malaysia (MFFPA), permintaan makanan sejuk beku di Malaysia juga berkembang kerana negara ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pengguna juga sudah bersedia untuk mendapatkan makanan pada kuantiti yang tinggi pada masa akan datang.

assorted food in silver commercial refrigerator

Antara sebab mengapa makanan ini dilihat semakin mendapat perhatian umum adalah kerana proses ini dikatakan akan melambatkan penguraian dengan menghidupkan sisa kelembapan ke dalam ais, menghalang pertumbuhan yang paling spesies bakteria.

Sebelum itu, Tajria ingin berkongsi kepada anda sedikit sejarah mengenai pengenalan makanan sejuk beku di seluruh dunia.

Asal usul makanan sejuk beku

Makanan sejuk beku sudah terkenal sejak tahun 3,000 SM, ketika orang-orang Cina kuno menggunakan bilik bawah tanah yang sejuk seakan peti asi untuk mengawet makanan sebagai bekalan untuk musim dingin.

Selain itu, Orang Rom juga menyimpan makanan di dalam ketulan ais atau salji yang dimampatkan di bilik bawah tanah.

Walau bagaimanapun, industri sejuk beku moden diperkenalkan sekitar tahun 1917 oleh Clarence-Birdseye. Menurut sejarah, ia berlaku sewaktu perdagangan di Labrador Canada yang mana Birdseye memerhatikan kaedah yang dilakukan penduduk tempatan apabila ingin menyimpan ikan dan daging untuk kekal segar dengan membiarkannya membeku dengan cepat pada suhu yang rendah.

Photo of An Old Ice Cube Refrigerator

Birdseye membawa idea itu dan digunakan di Amerika Syarikat yang mana setiap item makanan dibekukan supaya sel makanan tidak rosak.

Bukan itu sahaja, Birdseye juga telah mempatenkan mesin pembekuan berganda. Menurut Handbook of Frozen Foods, Birdseye meletakkan makanan di antara dua plat logam pada suhu -13 darjah F.

Seterusnya, pada tahun 1928, Birdseye telah berjaya membuat freezer double belt yang menjadi pendahulu kepada teknologi pembekuan moden.

Mengapa industri sejuk beku semakin popular?

Menurut penyelidikan, 7 daripada 10 isi rumah akan membuang sehingga 20 item makanan segar terus ke tong sampah setiap bulan. Hal ini kerana, tempoh ketahanan dan kesegaran yang sangat pendek menyebabkan individu memilih untuk membuangnya selepas ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.

Sementara makanan sejuk beku pula, lebih mudah dan senang untuk disimpan selain mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan lama. Sesuai untuk individu yang mungkin duduk sendirian dan jarang memasak, makan makanan ini lebih mudah untuk dikendalikan tanpa perlu dibuang terlalu kerap.

man in brown polo shirt and gray pants standing beside shopping cart

Selain itu, makanan sejuk beku juga lebih murah berbanding makanan segar. Jadi, anda boleh membelinya dan menyimpannya di dalam peti sejuk sehingga anda ingin memasaknya.

Tambahan lagi, proses pembekuan sebenarnya mengurangkan bakteria berbahaya. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk menyimpannya terlalu lama di peti sejuk selagi ia masih sesuai untuk dimakan.

Walau bagaimanapun, apabila anda ingin memasaknya, anda perlu memastikan proses nyahbeku dilakukan dengan betul. Lebih-lebih lagi sewaktu ingin mencairkan ais pada makanan bagi mengelakkan penyebaran bakteria dan juga mengawal makanan supaya tidak rosak. 

Penerimaan Makanan Sejuk Beku Pada Masa Akan Datang

Sejak 1940-an, jumlah makanan sejuk beku yang tersedia untuk pengguna meningkat setiap tahun.

Antara faktor yang menyumbang kepada hal ini adalah disebabkan gaya hidup dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat, kerana dilihat semakin banyak wanita bekerjaya dan tidak lagi berada di rumah sepanjang masa, maka pilihan makanan sejuk beku adalah lebih baik.

Namun bergerak ke hadapan, disebabkan kekangan pergerakan dan juga lebih banyak industri yang melaksanakan sistem bekerja dari rumah, individu lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Ia sekaligus akan memberi kesan kepada rutin dan tabiat pengguna yang akan mula menyediakan makanan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada makanan sejuk beku.

Jadi, adakah industri ini akan kekal relevan dan kekal mengalami pertumbuhan yang pesat dan memberangsangkan sepanjang tempoh Covid-19 ini?

Sumber: WiltShireFarmFoods, Eater