Hanya 1% Ladang Dunia Menguruskan 70% Tanah Ladang
Seperti yang anda ketahui, tanah atau ladang ini adalah teras pengeluaran untuk sistem pemakanan. Dan baru-baru ini, terdapat laporan yang mengatakan satu peratus ladang di dunia mengusahakan 70% ladang, peternakan dan kebun.
Apakah yang dimaksudkan dengan angka tersebut?
Sebelum bercerita lebih lanjut, ingin saya kupas secara kasar tentang peningkatan konsolidasi tanah pada masa kini dilihat agak membimbangkan yang mana ia akan memberi kesan kepada sistem pertanian dan juga sumber makanan.
Apa yang dimaksudkan dengan konsolidasi atau penggabungan tanah? Ia bertujuan untuk meningkatkan sumber pendapatan peladang atau pekebun selain meningkatkan hasil mengikut unit keluasan.
Bukan itu sahaja, ia dikatakan memainkan peranan penting dalam meningkatkan pembangunan luar bandar, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos pelaburan dalam jaringan pengangkutan dan komunikasi, utiliti dan juga sistem pengairan.
Menurut penyelidikan yang dilakukan, kawalan terhadap tanah telah menjadi lebih tertumpu sama ada secara langsung melalui pemilikan dan secara tidak langsung melalui pertanian kontrak.
Dengan mengambil kira kenaikan nilai harta tanah dan pertumbuhan populasi tanpa tanah, laporan 2020 telah menunjukkan ketidakksamaan tanah 41% lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini. Ia dikatakan kesan daripada gaya hidup sohor kini yang didorong oleh instrumen kewangan jangka pendek yang semakin membentuk persekitaran global dan kesihatan manusia.
Bukan itu sahaja, ketidaksamaan tanah ini juga didorong oleh faktor tambahan lain seperti pemilikan berganda, kualiti dan nilai tanah dan juga jumlah individu yang tidak memiliki tanah.
Antara negara tanpa daratan paling rendah adalah China dan Vietnam. Sementara Amerika Latin adalah antara yang tertinggi dengan data menunjukkan 50% orang termiskin hanya memiliki 1% tanah.
Di seluruh dunia, sekitar 80% dan 90% ladang adalah milik keluarga atau pekebun kecil. Tetapi mereka hanya merangkumi sebahagian kecil dari tanah dan pengeluaran komersial.
Penumpuan pemilikan dan kawalan menghasilkan dorongan yang lebih besar untuk perkembangan monokultur dan pertanian yang lebih intensif kerana dana pelaburan cenderung mula aktif pada kitaran 10 tahun untuk menghasilkan pulangannya.