IKEA adalah salah satu perniagaan perabot yang sangat popular dalam kalangan pembeli di Malaysia. Tidak dinafikan, syarikat ini menjual pelbagai jenis produk dan kelengkapan rumah yang tampak moden dan minimalis namun masih mengekalkan kualiti yang tinggi.

Idea asal IKEA adalah untuk menawarkan perabot pada harga yang lebih rendah dengan mengurangkan kos dengan menawarkan perabot secara berkeping-keping dan memasangnya sendiri. 

Bagaimana Ingvar Kamprad Membina Empayar IKEA?

Ingvar Kamprad iaitu pengasas awal IKEA dilahirkan pada tahun 1926 di sebuah ladang di pedalaman di Sweden. Beliau memulakan perniagaan pertamanya ketika berumur lima tahun.

Untuk pengetahuan anda, Ingvar Kamprad merupakan individu yang menghidapi disleksia. Jadi, bagi mengubah hidupnya, beliau telah bekerja keras sehingga berjaya dalam pelajarannya.

Pembukaan IKEA adalah hasil dari wang hadiah daripada bapanya sempena kejayaannya di sekolah. Kamprad menggunakan wang itu untuk memulakan IKEA pada tahun 1943 ketika berumur 17 tahun.

Asal Usul Nama IKEA

Ejaan IKEA adalah gabungan beberapa perkataan.

Untuk huruf I dan K, ia adalah huruf inisial untuk nama Ingivar Kampard. Manakala, E adalah huruf awal bagi Elmtaryd dan A untuk Agunnaryd yang merupakan ladang dan kampung tempat dia dibesarkan.

Berdasarkan perkongsian video oleh Quartz, cara sebutan yang betul untuk jenama ini adalah Ee-Keh-Ya. Dan bukannya, Ee-Ki-Ya, Ai-Kee-Ya, Ai-Keh-Uh dan lain-lain.

Jualan Pertama IKEA

Pada awal pertubuhan IKEA, syarikat ini hanya menjual barang-barang rumah yang kecil seperti pen, dompet, bingkai gambar, jam tangan, barang kemas dan juga stoking nilon. Kesemua barang yang disediakan ini dijual bagi memenuhi keperluan dengan harga yang lebih rendah.

Pada tahun 1945, Kamprad telah berjaya mengunci panggilan jualan secara sendiri. Dari situ, beliau mula menawarkan melakukan paparan iklan di surat khabar tempatan selain menawarkan perkhidmatan pesanan pos sementara. Dia menggunakan van susu untuk menghantar produk ke stesen kereta api berhampiran. 

Kamprad menjadikan katalog pesanan pos yang diusahakannya sebagai salah satu operasi penting dalam perniagaan IKEA. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1948, dia mula menjual perabot buatan pengeluar tempatan dan 1951 pula katalog pertama IKEA mula diterbitkan dalam skala yang lebih besar.

Bagaimana IKEA Menamakan Produk Mereka?

Tahukah anda, bagaimana sistem penamaan IKEA berfungsi?

Disebabkan penyakit disleksia, Kamprad akan menamakannya perabot dengan nama yang lebih praktikal akan lebih mudah diingat untuk dirinya. 

Oleh kerana, Kamprad adalah orang Sweden, banyak produk diberi nama dari perkataan dan tempat Sweden. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar barisan produk pula dinamakan berdasarkan bandar-bandar di Norway, Denmark dan Finland.

Contohnya, perabot luaran dinamai pulau Scandinavia seperti Björnholmen dan Hultö. Sementara untuk rak buku, meja dan kerusi pula mengambil nama daripada anak lelaki Skandinavia seperti Gustav, Hannes, dan Torbjörn.

Manakala langsir dan kain pula diberi nama yang sering digunakan oleh gadis Scandinavia, seperti Aina, Hedda dan Sigrid.

Sementara untuk nama permaidani pula diberikan berdasarkan nama bandar-bandar di Denmark atau Sweden.

Produk atau barangan bilik mandi diberi nama berdasarkan tasik dan sungai di Sweden seperti Boasjo dan Jansjo. Untuk tempat tidur, perabot dan almari pakaian diberi nama menggunaan nama bandar di Norway seperti Asker, Ulsberg dan Klubbo. 

Sumber: The Culture Trip