Makan Epal Dengan Kulit Atau Sebaliknya – Mana Lebih Elok?
Ramai yang mengatakan pengambilan sebiji epal setiap hari adalah baik untuk kesihatan. Ia juga merupakan antara buah yang paling berkhasiat yang bukan sahaja dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh malah ia juga dapat mencegah beberapa penyakit.
Menurut pakar kesihatan, epal kaya dengan serat, antioksidan, vitamin dan mineral. Bukan itu sahaja, buah ini mempunyai keseimbangan semua nutrien yang diperlukan dan sekaligus menjadikan buah ini antara yang paling banyak dimakan di seluruh dunia.
Namun, persoalannya adalah bagaimanakah cara yang sepatutnya anda makan epal?
Adakah dengan kulit? atau tanpa kulit?
Menurut kajian, memakannya dengan kulit jauh lebih sihat daripada makan tanpa kulit. Namun, pada masa kini disebabkan permintaan dan pengeluaran epal yang tinggi di dalam pasaran, maka cara penyediaannya juga telah berubah.
Bagi memastikan buah epal tahan lebih lama, kebanyakan pengeluar akan menambah banyak bahan kimia dalam bentuk racun perosak, lilin dan pencucian kimia. Hasilnya, ia mengundang bahaya kepada kesihatan kepada berbahaya untuk kesihatan.
Jadi, faktor pengilang atau pengeluar yang menggunakan bahan kimia pada buah menjadikan sebab mengapa anda perlu mengupas kulit epal sebelum memakannya.
Lapisan Bahan Kimia Yang Tidak Boleh Dilihat Jelas
Amalan biasa kebanyakan pengilang adalah menggunakan lilin bagi menjadikan warna epal lebih menarik selain memanjangkan jangka hayat epal.
Yang merisaukan, ia tidak mudah untuk melihat sama ada ia dilapisi dengan lilin atau tidak. Jadi, walaupun anda telah membasuhnya sebelum memakan, ia mungkin belum betul-betul bersih dari kimia.
Untuk membersihkannya, anda boleh membeli cuci buah dengan menambahkan satu sudu jus lemon dan satu sudu besar soda penaik dalam mangkuk besar air atau singki bersih. Gosok dengan berus sayuran dan bilas dengan baik.
Mana Lebih Elok – Makan Dengan Kulit Atau Tanpa Kulit?
Cara terbaik untuk membersihkan epal sebelum makan adalah dengan membuangnya di kulitnya. Sekiranya anda gemar memakan epal dengan kulitnya, anda perlu membersihkannya dan merendamnya dengan air suam supaya dapat melihat lapisan lilin keluar dari kulit epal dan juga kelihatan lapisan luar berkilat semakin memudar.
Sekiranya terdapat bintik-bintik hitam atau lubang, lebih baik membasuhnya atau menghilangkan bahagian yang terkena atau mengikis lapisan luar dengan pisau.
_______________________________________________________________________
Walau bagaimanapun, menurut Food and Drug administration, ada juga lilin semula jadi yang digunakan pada buah-buahan. Jadi, apabila anda berbelanja di pasaraya anda boleh melihat labelnya terlebih dahulu.
Sumber: The Antlatic