Mengapa Individu Meminum 5 Teh Ini? Kenali Personaliti Disebaliknya
Di dunia terdapat kira-kira 1,500 jenis teh yang berbeza. Namun, kategori utama teh hanya ada empat sahaja iaitu teh hijau, teh hitam, teh putih dan teh oolong.
Bagi penggemar, apakah perasa teh yang paling anda gemari? Adakah teh dengan rasa sedikit perasa buah-buahan? atau teh dengan aroma yang wangi?
Secara peribadinya, saya lebih menggemari teh dengan aroma yang sedikit wangi dan ditambahkan sedikit dengan rasa buah-buahan seperti oren dan lemon. Ia sangat sesuai diambil pada hari yang panas dan juga sewaktu dahaga kerana ia memberikan kesan yang segar di dalam badan anda.
Tahukah anda bahawa secawan teh yang anda diminum sebenarnya biasanya menggambarkan keadaan emosi anda selain menunjukkan keperibadian anda? Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi sedikit informasi menarik bagi mengenali jenis teh dan menghubungkannya dengan emosi individu.
Teh pudina
Pilihan teh ini sangat popular dalam kalangan individu yang mungkin dalam fasa diet atau mengamalkan rutin detoks setiap hari. Teh ini juga sering dikonsum untuk menenangkan perut, meningkatkan fokus dan melegakan sakit kepala.
Perasaan yang digambarkan sewaktu mendapatkannya adalah menggembirakan, santai, menenangkan dan menyegarkan. Dari segi rasa pula, ia sedikit manis dan ditambah lagi dengan aroma dan rasa pudina yang seakan berangin.
Teh pudina sangat bagus untuk menghilangkan kegelisahan, jadi jika anda suka akan teh jenis seperti ini, anda mungkin orang yang memerlukan fokus pada sesuatu masa. Bukan itu sahaja, anda juga mungkin mudah berasa resah dan mempunyai masalah pencernaan dan kerap sakit kepala.
Teh halia
Perkara pertama yang tiba di minda apabila mendengar nama teh ini adalah melegakan sakit perut dan masalah angin.
Tidak dinafikan, teh halia sangat membantu untuk melegakan sakit sendi dan pencernaan, meningkatkan metabolisme dan membawa kesan hangat pada badan. Pengambilan teh ini sangat sesuai pada waktu siang iaitu di sebelah pagi.
Peminum teh halia digambarkan sebagai seorang yang kelihatan tenang namun sebenarnya mereka agak lantang dan berani pada sesetengah masa.

Teh Chamomile
Chamomile adalah salah satu teh yang paling digemari oleh kebanyakan individu di luar sana.
Bunga chamomile yang digunakan di dalam teh tersebut membawakan kesan santai dan menenangkan sewaktu meminumnya.
Ia juga dapat digunakan penggunaan luaran seperti di kepala yang menghasilkan rambut yang lembut.
Sekiranya anda cenderung mengalami kegelisahan atau insomnia, rasa teh chamonile yang manis, dan lembut mungkin dapat membantu menghindarkannya.
Teh Chai
Secara peribadi, saya tidak begitu menggemari rasa yang hadir pada teh Chai. Hal ini kerana, rasanya yang eksotik yang mana menggabungkan rasa manis dan pedas seperti kayu manis, lada hitam, kapulaga, halia dan cengkih.
Ia adalah minuman kegemaran di India yang merupakan minuman harian untuk setiap isi rumah. Secawan chai panas akan mengekalkan kehangatan di badan dan sangat sesuai diamalkan di kawasan beriklim sejuk.
Sekiranya anda menyukai chai, mungkin ini bermaksud anda memerlukan sedikit tenaga dan kehangatan untuk membuat anda lebih aktif dan bertenaga atau mungkin anda hanya menginginkan sesuatu yang berani dan eksotik untuk mengimbangkan badan anda.
Bukan itu sahaja, Chai juga membantu pencernaan yang boleh berlaku akibat tekanan atau kegelisahan.
Teh hijau
Jika dibandingkan dengan empat jenis teh di atas, teh hijau adalah yang paling terkenal dalam kalangan penggemar teh.
Ia hadir dengan kesan menenangkan selain mampu memberikan tenaga pada waktu tengah hari ketika mengantuk.
Teh ini sering disajikan ketika makan. Rasanya yang klasik dan abadi akan membuatkan anda menghargai air ini di setiap tegukan.
________________________________________________________________________
Seperti yang anda ketahui, teh mempunyai pelbagai kebaikan dan salah satu daripadanya adalah mengurangkan risiko penyakit jantung. Bukan itu sahaja, amalan meminum teh juga berpotensi meningkatkan aliran darah ke seluruh badan serta mengandungi antioksidan yang disebut ‘flavonoid’ yang membantu melindungi tubuh daripada toksin dan tekanan harian.
Jadi anda penggemar teh yang mana satu? Kongsikan pengalaman anda bersama sajian teh yang anda gemari di Tajria!
Sumber: Onoteas