Touch ‘n Go dilihat sedia hadir dengan ciri yang membenarkan pengguna untuk melakukan permohonan mengirim baki dari kad Touch ‘n Go yang berdaftar ke dalam akaun bank atau dompet digital Touch ‘n Go eWallet.
Melalui ciri ini, pengguna yang mungkin telah kehilangan kad, kad telah patah atau rosak serta telah melepasi tempoh penggunaan (expiry date) tidak perlu risau jika anda mempunyai baki kad dengan jumlah yang besar.
Untuk melakukannya, berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda lakukan sebelum menebus semula baki kad sedia ada ke dalam akaun milik anda.
Langkah 1 – Daftar Dan Isi Borang e-Refund
Perkhidmatan e-Refund Touch ‘n Go ditawarkan kepada pelanggan yang telah mendaftarkan kad mereka di MyTouchnGo Portal.
Untuk mendaftarnya, ikuti 4 langkah ini:
- Layari laman rasmi MyTouchnGo Portal dan klik Register New User.
- Kemudian masukkan nombor siri kad dan juga nombor kad pengenalan.
- Setelah selesai, lengkapkan butiran peribadi seperti nama penuh, alamat surat-menyurat, alamat tempat tinggal, nombor telefon dan butiran mengenai majikan.
- Klik Submit dan masukkan nama pengguna bersama kata laluan yang ingin anda gunakan.
Langkah 2 – Urus Kad Dan Semak e-Penyata
Setalah mendaftar kad Touch ‘n Go anda di MyTouchnGo Portal, anda boleh mengurus kad dengan melihat transaksi sebelum, semak epenyata dan juga kemaskini maklumat peribadi sebelum membuat pemohonan.
Langkah 3 – Pilihan Akaun Yang Ingin Dikreditkan
Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:
Pemegang Akaun Malaysia
Pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pengguna adalah sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
Walau bagaimanapun, pembayaran dan pemindahan baki kad e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga adalah tidak dibenarkan.
Pemegang Akaun Asing
Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT). Oleh itu, pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code adalah sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
Walau bagaimanapun, Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
Touch ‘n Go eWallet
Semak nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
Untuk setiap transaksi yang dipohon akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund.
Untuk sebarang butiran lanjut, anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan Touch ‘n Go di [email protected] atau layari laman media sosial rasmi Touch ‘n Go di Facebook and Twitter bemula hari ini.