Kisah Hos TREVO: Kereta Anda Mampu Menjadi Punca Pendapatan Tambahan Pada Musim Covid-19 Ini
Di Malaysia hari ini, para pakar mungkin menjangkakan pemulihan ekonomi di peringkat makro pada tahun 2021 tetapi jika anda melempar batu di mana-mana jalan, ianya mungkin akan terkena seorang rakyat biasa yang sedang runsing disebabkan masa depan kewangan mereka.

Sudah menjadi norma baru berjumpa rakyat Malaysia yang sedang aktif mencari jalan untuk menambah pendapatan mereka untuk menghadapi impak pandemik Covid-19. Kita dapat melihat rakyat Malaysia menjadi lebih berhati-hati bila berbelanja, terutama dengan adanya gelombang infeksi baru yang mencetus pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, sehingga melembabkan pemulihan ekonomi.
Mereka yang sudah rentan dari segi ekonomi menghadapi cabaran yang lebih besar, yang mana lebih daripada 1 dalam 3 orang dewasa di flat kos rendah bergelut dengan pengangguran di masa-masa sukar ini.
Komitmen kewangan mungkin akan membebani rakyat Malaysia ketika merancang belanjawan bulanan mereka, di mana perbelanjaan rutin seperti melangsaikan pinjaman kereta dan membayar kos penyelenggaraan berpotensi menjadi beban, walaupun pemilikan kereta persendirian tetap penting untuk mobiliti di kalangan ramai rakyat Malaysia, berbanding dengan transit awam atau e-hailing.

Sebuah kereta mungkin menjadi aset susut nilai yang mana nilainya telah banyak berkurangan apabila kita berjaya menjelaskan pinjaman setelah tamat sembilan tahun, tetapi di negara yang bergantung kepada penggunaan kereta seperti Malaysia, memiliki kereta sendiri masih merupakan cara paling praktikal untuk bergerak pada setiap hari – sama ada untuk bekerja, membereskan tugas harian peribadi atau untuk bersantai.
Di kebanyakan isi rumah yang memiliki berbilang kereta, kita mungkin akan melihat adanya kereta terbiar pada hujung minggu kerana ahli keluarga menghabiskan masa bersama di rumah atau bersantai di luar rumah, atau menumpang kereta rakan ketika bersiar-siar.
Dengan wabak Covid-19 masih mengancam keselamatan, perintah bekerja dari rumah menambah kepada lonjakan jumlah kereta yang tidak bergerak di seluruh negara. Sama seperti cara kita menyewa bilik kosong untuk menjana pendapatan tambahan pada waktu sukar – sama ada kepada penyewa jangka panjang atau menyenaraikannya di platform perkongsian, ekonomi perkongsian kini turut membabitkan sewaan kenderaan persendirian.
Rakyat Malaysia kini berpeluang menggunakan aset mereka sepenuhnya melalui pasaran perkongsian kenderaan individu-ke-individu (P2P) seperti TREVO, yang menawarkan model perniagaan yang membolehkan pemilik kereta menyenaraikan kereta mereka bagi menjana pendapatan tambahan.
Bagi mendalami peluang yang ditawarkan oleh perkongsian kereta P2P, mari kita dengarkan pengalaman dua Hos yang telah memanfaatkan perkongsian kereta dan berjaya membiayai hampir 80% daripada perbelanjaan pinjaman kereta bulanan mereka.
Di bawah adalah dua kisah yang dialami dua individu dan bagaimana mereka memutuskan untuk menyertai Trevo pada musim Covod-19 ini.
Kisah SuperHost
Bagi Panneerselvam Periakaruppan, 29, pengusaha restoran keluarganya, motto hidup “Ambil risiko atau terlepas peluang” memainkan peranan penting dalam pengalamannya sebagai hos TREVO, setelah dia mengambil kesempatan untuk berkongsi kereta.
Pada bulan Oktober 2019, semasa Panneer melayari Facebook, dia telah menemui maklumat mengenai TREVO. Dia kemudian memutuskan untuk ke pejabat mereka bagi mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ditawarkan oleh TREVO, dan sejak itu, dia tidak pernah meragui keputusannya.
“Ketika saya bertanya tentang menjadi Hos di TREVO, pasukan mereka sangat membantu. Pasukan perkhidmatan pelanggan sangat responsif dan mereka memberikan bimbingan yang baik secara keseluruhan. Ini adalah salah satu faktor penentu, mengapa saya terdorong untuk mula berkongsi lebih banyak kereta di platform mereka,” katanya.
Bermula di TREVO dengan berkongsi kereta Perodua Alza miliknya untuk menguji pasaran, dia kagum dengan hasilnya kerana dalam masa 10 hari, Panneer dapat memperoleh jumlah yang diperlukan untuk membayar pinjaman bulanannya. Kini, dia menyenarai tujuh buah kereta di TREVO, termasuk model seperti Honda City, Proton Persona, Perodua Aruz dan Perodua Axia, selain Perodua Alza.

Seorang lelaki yang menjalankan kehidupan sederhana dan dibesarkan dalam keluarga kelas menengah, Panneer suka berkongsi maklumat bermanfaat dengan adik-beradiknya. Dia berjaya meyakinkan adik-beradiknya untuk berkongsi kereta mereka sebagai cara untuk memperoleh pendapatan tambahan bagi mengimbangi beberapa komitmen bulanan mereka, seperti pinjaman kereta dan pendidikan.
“Ia bukan proses yang mudah untuk meyakinkan mereka kerana mereka ada keraguan masing-masing, perkara yang biasa sebagai pemilik kereta. Saya tidak bosan berkongsi pengalaman dan menerangkan bagaimana semua Hos di platform dapat memilih perlindungan TREVO Shield. Penawaran dari TREVO ini penting bagi saya kerana saya tahu bahawa kereta saya dilindungi oleh perlindungan liabiliti sehingga RM3 juta jika berlaku sebarang kerosakan pada kereta saya.
Saya juga sangat menghargai bagaimana pasukan TREVO dapat membantu saya menguruskan semuanya, daripada penghantaran kereta ke Tetamu sehinggalah mengembalikan kereta kepada saya. Menguruskan restoran ada kalanya menuntut fokus yang besar, jadi memanglah bagus kerana sangat sedikit perkara yang perlu saya buat atau bimbangkan, ketika menjadi hos TREVO.”
“Saya bersikap telus dengan adik-beradik saya tentang jumlah pendapatan yang dapat diraih dengan hanya berkongsi kereta saya di aplikasi, memanfaatkannya dengan bijak dan bukannya membiarkannya sahaja di tempat letak kereta ketika saya mengendalikan restoran.
Ekoran usaha saya yang berterusan untuk meyakinkan mereka, adik-beradik saya bersetuju membenarkan saya menyenaraikan kereta mereka di TREVO. Sekarang anda boleh menempah salah satu daripada tujuh kereta yang tersenarai di akaun TREVO saya! Saya yakin, perkongsian kereta adalah kelaziman masa depan.”
Panneer, bapa kepada sepasang anak kembar lelaki dan perempuan yang masih kecil, menabung sejumlah kecil pendapatan setiap bulan untuk rancangan masa hadapan. Dia mahu membawa isteri dan anak kembar mereka menjelajah dunia dan menikmati negara di luar Malaysia, terutama ke destinasi impian seperti Amerika, Eropah dan Afrika.
Dia bersyukur dengan pendapatan tambahan hasil menjadi Hos di TREVO kerana telah membantu situasi kewangannya. Pada masa ini, akaunnya merekodkan tempahan purata selama dua minggu sewaktu pandemik, yang mana Paneer mendapati Tetamu berminat menempah kereta-keretanya kerana diselenggara secara baik. Dia menetapkan SOP tersendiri, memastikan kesemua keretanya bersih, mempunyai tekanan tayar yang mencukupi, dan sebagainya, bagi memastikan Tetamu meraih pengalaman yang baik.
“Bagi mereka yang mahu berkongsi kereta – pertama sekali, belajar dan bacalah mengenai perkongsian kereta. Kita patut bertanggungjawab dan benar-benar faham apa maksudnya berkongsi kereta anda dengan orang lain. Bila anda memutuskan untuk melakukannya, pastikan Tetamu menjadi keutamaan, Anda perlu percaya yang ia akan berhasil,” kata Paneer, mengakhiri perkongsiannya dengan nasihat.
Si Pendatang Baru
Seorang ketua keluarga yang perlu menanggung enam ahli keluarga, Hazrinisam Za’adun, 44, meraih tuah permulaan apabila dia memutuskan untuk berkongsi kereta di TREVO. Mula-mula mengenali TREVO menerusi Facebook, dia cuba mendapatkan lebih banyak maklumat dengan melayari laman web TREVO.

Selepas meneliti syarat menjadi Hos menerusi sesi kemasukan hos dalam talian oleh TREVO, Hazrinisam bertambah yakin untuk menyenaraikan keretanya. Pada bulan pertama selepas keretanya disenaraikan untuk tempahan di platform, Hazrinisam berjaya meraih tempahan satu bulan untuk Honda Civic Hybridnya.
“Ia tidak dijangka! Saya melihat perkongsian kereta sebagai satu cara lain untuk menjana pendapatan tambahan bagi menyara keluarga tetapi peluang yang diterima melebihi jangkaan saya. Pinjaman kereta bulanan saya berjumlah RM1,200, dan pendapatan yang dijana daripada tempahan kereta pertama saya sekitar lebih RM900. Cukup untuk menampung 80% pinjaman kereta saya”.
Menjelaskan bahawa dia mempunyai empat buah kereta di rumah, tetapi hanya dua yang digunakan sepenuhnya, Hazrinisam berkata dia memutuskan untuk memulakan pengalaman TREVO dengan berkongsi salah satu kereta tambahannya kerana ia selalu diparkir di laman hadapan rumah dan jarang digunakan.
“Saya merasakan lebih baik jika menjana pendapatan tambahan daripada kereta itu. Keyakinan jadi faktor penentu, bila anda sedang memutuskan sama ada mahu berkongsi kereta anda dengan orang lain, yang mungkin lebih memerlukannya berbanding anda pada waktu-waktu tertentu. Beginilah pemikiran saya,”.
Apa itu Trevo?
Trevo merupakan aplikasi pasaran serenti perkongsian kereta yang dilancarkan oleh SOCAR Malaysia. Ia merupakan platform untuk individu melakukan tempahan mana-mana kereta yang memenuhi ciri dan kehendak daripada pemilik kereta (hos) daripada komuniti Trevo.
Di Malaysia, Trevo hadir sebagai inisiatif untuk model pemilikan kereta baru yang membolehkan pemandu mengakses kereta hanya apabila diperlukan dan bukannya melakukan pemilikan penuh. Seterusnya, ia juga membantu pemilik kereta sedia ada untuk menjana pendapatan menerusi peminjaman kereta yang tidak diperlukan dan tidak hanya menyimpannya di rumah.
Baca Lanjut: Trevo – Pasaran Serenti Untuk Platform Perkongsian Kereta