Tahukah Anda Najis Arnab Mengandungi Cecotropes – Ia Seakan Suplemen Kesihatan

Pernahkah anda mendapati arnah peliharaan anda memakan najisnya sendiri pada waktu pagi atau waktu malam?

Ia kelihatan seperti menjijikan, namun sebenarnya ia mengandungi rahsia yang tersirat di sebalik amalan ini. Amalan atau perbuatan ini sebenarnya di panggil Coprophagia. Ia sebenarnya adalah tingkah laku yang normal dan sihat pada arnab tetapi pada tidak untuk haiwan lain.

white rabbit

Mengapa? Arnab mengeluarkan najis secara berkala seperti haiwan dan manusia lain. Yang mana selepas beraktiviti dan makan, sudah tentu haiwan ini akan menghasilkan bahan kumuh yang sepatutnya. Namun, terdapat segelintir bahan kumuh yang dikeluarkan akan berubah menjadi serat anda air dan biasanya dihasilkan pada waktu malam yang disebut Cecotropes..

Cecotropes ini mempunyai tekstur yang lembut, melekit dan jarang sekali dapat dilihat oleh pemilik arnab. Hal ini kerana arnab sering memakannya ketika mereka keluar dari badan. Cecotropes dihasilkan di cecum, bahagian saluran usus arnab dengan fermentasi makanan yang dimakan arnab.

Biasanya satu-satunya masa anda akan melihat cecotropes di dalam sangkar arnab adalah apabila haiwan tersebut tidak sihat yang mana tidak memakannya ataupun jika makanan tersebut melekat dibulunya.

Crop little girl with rabbit in hands

Kebaikan Cecotropes Untuk Arnab

Cecotropes penuh dengan nutrien yang diperlukan oleh seekor arnab. Ia biasanya mengandungi lebih banyak protein dan vitamin daripada kotoran biasa, jadi dengan memakan cecotropes, seekor arnab mendapatkan semua nutrien penting yang diperlukannya.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada arnab anda memakan najisnya, terdapat beberapa kaedah untuk melihatnya:

  1. Sekiranya bahagian belakang arnab tersebut bersih, maka arnah tersebut telah memakan Cecotropes. Manakala jika sebaliknya, anda akan melihat kotoran kecil, lembut dan melekit yang menempel pada bulu arnab anda.
  2. Sangkar arnab anda lebih bersih dan hanya terdapat najis biasa yang berbentuk bulat dan kecil sahaja.
  3. Arnab anda juga akan lebih banyak menghabiskan masa menjilat bulunya pada waktu malam bagi membersihkan najis tersebut.

Akhir sekali, cecotropes ini berfungsi dalam memastikan arnab anda dalam keadaan sihat selain membina semula saluran usus yang sihat.