Carian
Tingkatkan Produktiviti Kerja Dengan Bekerja Dari Hotel Di Sekitar Selangor – Tawaran Serendah RM35 Sehari
December 2, 2020 Lina Rosli

Tingkatkan Produktiviti Kerja Dengan Bekerja Dari Hotel Di Sekitar Selangor – Tawaran Serendah RM35 Sehari

Ramai individu dan syarikat kini mula menggalakkan budaya kerja dari rumah. Bagi sesetengah orang, rumah bukanlah tempat terbaik untuk fokus kepada kerja. 

Jadi, berikut adalah 10 hotel di Negeri Selangor yang menawarkan pakej work-from-hotel yang boleh anda cuba!

Première Hotel Klang

Hotel ini menyediakan fasiliti seperti makan tengahari yang telah dibungkus, tempat letak kenderaan dan juga sokongan rangkaian WiFi secara percuma menerusi pakej ini.

Bagi anda yang berminat, anda mula mendapatkan bilik di Premiere Hotel pada harga bermula RM160 pada jam  8.00 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi. 

New World, Petaling Jaya Hotel

Untuk setiap pakej, anda boleh mendapatkan sambungan WiFi percuma, tempat letak parking percuma, makan tengahari, minuman teh dan kopi serta tawaran diskaun lain seperti tambahan bayaran untuk tidur, makan pagi dan jumlah individu pada harga bermula RM160 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi. 

De Palma Group of Hotels & Resort

Dengan harga bermula RM35 seorang, De Palma Group of Hotels and Resort menawarkan teh tarik,kopi tarik dan nescafe dengan aliran percuma, potongan harga sebanyak 10 peratus untuk menu Ala Carte dan juga sambungan wifi percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi. 

Hotel Tenera, Bangi

Tidak ketinggalan, Hotel Tenera Bangi juga menampilkan pakej bekerja dari hotel pada harga RM98 seorang.

Hotel ini menyediakan kelengkapan seperti akses wifi percuma, alat tulis, manisan dan snek selain tawaran diskuan 50 peratus untuk mencetak dokumen dan 10 peratus untuk pesanan makanan tambahan. 

Bagi anda yang berminat, anda mula mendapatkan Studio Apartment di Hotel Tenera pada harga bermula RM98 pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi. 

Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hotel Grand BlueWave Shah Alam pula menampilkan dua pakej bekerja dari hotel khas semasa PKPB.

Hotel ini menyediakan kelengkapan seperti akses wifi percuma, tempat letak kenderaan, pilihan makan tengahari atau makan malam percuma dan banyak lagi

Harga yang ditawarkan adalah bermula RM48 sekepala.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi. 

One World Hotel Petaling Jaya

Sementara One World Hotel Petaling JAya pula menampilkan pakej RM190 tanpa makanan dan RM220 dengan makanan untuk tengahari.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi.

Wyndham Acmar Klang

Dengan harga bermula RM38 seorang, Wyndham Acmar Klang menawarkan set makan tengahari, akses wifi percuma, 25 peratus diskaun untuk sebarang pesanan makanan tambahan dan juga membawakan ruangan yang bersih dan disanitasi secara kerap.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi.

Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA

Seperti kebanyak hotel dan resort yang lain, Mövenpick Hotel and Convention Centre turut menyediakan bilik untuk bekerja dari hotel.

Hotel ini menyediakan kelengkapan seperti akses wifi percuma, servis kopi dan teh selain menawarkan makan tengahari pada harga RM150 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi. 

Sunway Resort Hotel & Spa

Sunway Resort Hotel & Spa pula menampilkan pakej RM150 seorang sehari bagi yang berminat untuk bekerja dari hotel sepanjang PKPB ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi. 

Eastin Hotel, Petaling Jaya

Harga bermula dari RM 120, anda boleh mendapatkan set makan tengahari bersama servis kopi dan teh. Anda boleh mula bekerja seawal 7 pagi sehingga 7 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi.

_____________________________________________________________________

Menyahut saranan pihak kerajaan untuk bekerja dari rumah, pihak Tourism Selangor hadir dengan senarai hotel yang terdapat di Selangor yang pelbagai pakej work-from-hotel.

Melaluinya, ia sedikit sebanyak akan membantu dalam meningkatkan produktiviti dan melaksanakan tugasan kerja dengan selesa dan kondusif.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia masih lagi perlu peka dan tidak mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.

Komen