Ini Adalah 5 Barangan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mempunyai Tarikh Luput

Bagi anda yang mempunyai pelbagai barangan di rumah, namun jarang menggunakannya, pastikan anda menyemak tarikh luput sebelum menggunakannya kembali.

Hal ini kerana, tarikh luput ini tidak hanya tertakluk kepada barangan makanan sahaja, ia juga melibatkan peralatan atau kelengkapan diri yang lain seperti produk penjagaan kulit, alat solekan, pakaian dan banyak lagi.

Kaca Mata Hitam

Jangka hayat: 2 Tahun

Kaca mata hitam tidak mempunyai daya tahan yang lama. Penggunaan kaca mata yang telah rosak untuk tempoh yang lama boleh meningkatkan kemungkinan terjadinya katarak atau barah.

Bagaimana untuk mengetahui kaca mata hitam anda telah rosak? Kebiasannya, lensanya akan rosak semasa jika ia disimpan tanpa sarungnya. Kajian menunjukkan bahawa kaca mata hitam lama kebanyakannya lapisan UV atau pelindung pada lensa kacamata hitam telah pudar dan semakin menipis. Bukan itu sahaja, kerosakan pada lensa juga boleh disebabkan calar atau habuk yang terlalu banyak.

silver framed aviator style sunglasses on white ceramic saucer

Tuala

Jangka hayat : Sekitar 1 hingga 3 tahun

Oleh kerana bakteria membiak di persekitaran yang lembap dan hangat, anda perlu menukar dan membuang tuala setiap satu hingga tiga tahun. Bukan itu sahaja, mencuci tuala secara kerap adalah digalakkan bagi mengelakkan kerengsaan dan keradangan kulit.

Anda perlu mengeringkan tuala anda setelah digunakan. Gantungkannya di bawah sinar matahari setelah digunakan untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya.

Ubat-ubatan

Jangka hayat : Ubat sirap – 6 bulan, ubat bancuh – 2 minggu, ubat sapu – 3 bulan, ubat titis – 1 bulan

Ubat-ubatan mempunyai tarikh luput. Selepas tarikh luput ubat-ubatan tiba, ia mungkin tidak selamat dan tidak lagi berkesan untuk digunakan.

Tambahan lagi, anda juga perlu memastikan bahawa ianya disimpan dengan betul. Sekiranya ubat anda kelihatan pelik, mempunyai rasa atau bau berbeza berbanding yang sebelumnya.

Harus diingatkan, anda tidak boleh membuang ubat-ubatan yang telah rosak atai tidak terpakai ke dalam tong sampah atau mencurahkannya ke dalam tandas. Hal ini, ia akan mendatangkan risiko kepada persekitaran yang lain. Sebaiknya, bawa ubat anda kepada ahli farmasi yang mana mereka akan menghapuskannya dengan selamat untuk anda.

person about to pick medicine from medicine organizer

Sabun Pencuci

Jangka hayat : sekitar 6 bulan hingga 12 bulan

Pencuci cecair dan serbuk perlu disimpan di tempat yang kering dan sejuk serta harus disimpan dengan baik selama 6 bulan hingga 1 tahun selepas dibuka. Selepas tarikh luput, jika anda menggunakan bahan pencuci tersebut, ia tidak lagi akan membersihkan pakaian dengan baik.

Sementara untuk pencuci pinggan pula, anda perlu menggunakannya dalam masa 12 hingga 18 bulan.

woman in yellow jacket holding silver faucet

Minyak Wangi

Jangka hayat : 3 hingga 5 tahun

Tidak seperti makanan, pengeluar akan menyatakan tarikh luput untuk sesebuah produk. Namun, untuk minyak wangi tarikh luputnya tidak dikongsikan. Untuk mengetahui, sama ada ia masih elok atau sebaliknya, aromanya tidak menyenangkan, menyebabkan kerengsaan kulit dan juga reaksi alergi. 

Menurut kebanyakan kajian, sebotol minyak wangi biasa mempunyai jangka hayat rata-rata tiga hingga lima tahun. Jangka hayat ini mungkin lebih lama jika botol tidak dibuka dan disimpan dengan betul selain juga boleh berubah mengikut kualiti produk. 

________________________________________________________________________

Berikut adalah senarai kelengkapan atau barangan rumah yang mempunyai tarikh luput. Di harap dengan perkongsian ini dapat membantu mengelakkan risiko kesihatan yang tidak diingin selain mengurangkan pembaziran akibat tidak digunakan.