Carian
Ingin Membuka Kedai Di Shopee? Ikuti 5 Langkah Untuk Mula Menjual
December 3, 2020 Lina Rosli

Ingin Membuka Kedai Di Shopee? Ikuti 5 Langkah Untuk Mula Menjual

Nampaknyak kita sudah masuk ke bulan terjakhir untuk tahun 2020, iaitu Disember. Pada bulan ini, terdapat satu tarikh yang membawakan penawaran menarik di dalam arena atas-talian.

Sekiranya anda terlepas jualan besar 11.11, anda masih boleh mendapatkan tawaran diskaun dan kod promosi yang terdapat di laman atas-talian pilihan anda pada 12.12 ini.

Namun, bagi anda yang ingin menjual dan membuka kedai atas-talian anda sendiri, maka ini adalah masanya!

Jadi, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda cara atau kaedah yang boleh anda lakukan bagi mula membuka kedai sendiri di laman Shopee.

Mula Menjual Di Shopee Menerusi Aplikasi

Langkah 1 – Pasang aplikasi Shopee anda dan pergi ke halaman “Me” dan klik “Start Selling”.

Langkah 2 – Klik “Add New Product” untuk mula menjual barangan atau produk anda.

Langkah 3 – Pilih gambar yang ingin anda paparkan untuk produk anda dan muat naik. Anda boleh menambah sehingga 9 gambar dan juga video.

Namun untuk video, ia hanya boleh ditambahkan melalui aplikasi Shopee.

Langkah 4 – Isikan butiran produk seperti Kategori, Harga, Stok, Variasi, Berat, Butiran Penghantaran dan Keadaan Produk.

Langkah 5 – Mula terbit produk dan ia akan terus disenaraikan di Shopee.

Harus diingatkan bahawa, bagi akaun yang tidak berdaftar dengan nombor telefon, produk anda tidak akan dapat dilihat oleh pembeli sekaligus menghalang anda untuk memulakan jualan walaupun anda telah memuat naik senarai produk.

Mula Menjual Di Shopee Menerusi Web

Selain itu anda juga boleh menguruskan akaun anda di Seller Center, jika anda menggunakan web Shopee.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyenaraikan produk jualan:

1. Klik pada “Seller Center” di penjuru kiri pelayar web anda dan tekan butang “Add New Product”.

2. Masukkan nama produk dan Shopee akan mencadangkan kategori yang paling sesuai berdasarkan nama produk anda.

3. Kemudian, masukkan butiran dan jenama produk. Seterusnya, isi ruangan harga dan stok produk anda. Anda boleh melampirkan hingga 9 gambar untuk setiap produk yang disenaraikan.

4. Masukkan berat produk dan tetapkan pilih perkhidmatan kurier mana yang ingin digunakan untuk menghantar item.

Bagi yang berminat, layari Seller Center bermula hari ini.

________________________________________________________________________

Mudah bukan? Di harap perkongsian ini dapat membantu anda dalam memulakan kedai di Shopee. Dengan ini, ia bukan sahaja membolehkan anda untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan malah ia merancakkan lagi industri peruncitan untuk masa akan datang.

Komen