Carian
Tetangga Kita Bawakan Bungkusan Makanan ‘Makasih Ya’ – Penghargaan Untuk Petugas Barisan Hadapan
December 2, 2020 Lina Rosli

Tetangga Kita Bawakan Bungkusan Makanan ‘Makasih Ya’ – Penghargaan Untuk Petugas Barisan Hadapan

Tetangga Kita adalah sebuah kedai makanan berasal dari Indonesia yang menawarkan sajian martabak. Terbaru, kedai ini dilihat hadir dengan bungkusan makanan terbarunya khusus untuk petugas barisan hadapan.

Bungkusan “To all our frontliners, Makasih Ya” ini ditawarkan bagi menzahirkan rasa terima kasih dan juga tanda penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang berjuang sepanjang tempoh wabak COVID-19.

Kempen ini telah bermula hari ini sehingga Februari 2021 yang mana kolaborasi Tetangga Kita bersama The Hope Branch Community yang mana menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan keseluruhan kempen berkenaan kepada kumpulan NGO tersebut.

Seterusnya, NGO akan menyalurkannya kepada keluarga yang terjejas, ibu bapa tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), komuniti terpinggir dan golongan B40 menghadapi cabaran sepanjang tempoh pandemik ini. Setakat ini, The Hope Branch Community telah menyumbangkan 25,000 makanan yang telah memberi manfaat kepada 200,000 buah keluarga.

Kempen bungkusan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan makanan jalanan atau street food asli dari Indonesia supaya ia menjadi lebih dekat kepada rakyat Malaysia. Tetangga Kita ini menggunakan ramuan serta resepi asli yang dibawa daripada Indonesia.

Antara menu yang ditawarkan adalah Martabak Manis dan Martabak Telor, yang menyajikan rasa manis dan berempah yang tersendiri. Selain itu, Tetangga Kita juga menampilkan resepi-resepi istimewa seperti Jagung Keju (Tebal), Lotus Biscoff (Tebal) dan Sapi yang mana di Malaysia ia lebih dikenali sebagai Apam Balik.

Tetangga Kita

Tetangga Kita juga menyajikan minuman sejuk seperti Cold Brew Latte yang diperbuat daripada biji kopi Ethiopian Yirgacheffe yang dibru sejuk dengan susu dan sedikit gula Melaka. Ia sangat sesuai untuk dinikmati dengan mana-mana pilihan martabak.

Bagi yang berminat, Tetangga Kita mempunyai dua buah cawangan di Hartamas Shopping Centre, Kuala Lumpur dan di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Dan sewaktu PKPB berlangsung, Tetangga Kita hanya akan menyediakan makanan dan minuman untuk dibawa pulang dan servis penghantaran sahaja.

Para pelanggan boleh membuat pesanan melalui laman rasmi Tetangga Kita atau aplikasi rakan penghantaran makanan mereka seperti GrabFood, FoodPanda dan Oddle.

Komen