Panggilan Manja Perlu Ke?
Cinta? Sayang? Baby? Love? Baby Boo? Manja? Nama? Saya/Awak? Aku/Kau?
Semua pasangan kekasih pasti ada panggilan manja. Penting ke panggilan manja ini? Wajib ke? Kenapa belum kahwin sudah perlu ada panggilan manja? Anda yakin hubungan itu kekal lama? Tidak rasa malu, apabila hubungan itu berakhir? Saya ada beberapa pengalaman dalam hubungan yang berakhir begitu sahaja. Panggilan manja kami berubah-ubah, sehingga kami temui yang sesuai. Jawapannya adalah – penting! Kenapa?
Ia bermula pada tahun 20xx semasa saya sedang menuntut pengajian di sebuah universiti tempatan. Saya jatuh cinta dengan seorang kawan baik. Kami sudah kenal sejak 2012 lagi, tetapi pada masa itu Si Dia sudah berpunya. Kami pun kawan biasa sahaja ketika itu, belum rapat lagi. Hanya selepa beberapa tahun di kampus utama pengajian kami, kami ditugaskan untuk projek bersama-sama.
Saat itu, kami mula rapat. Bermula dengan Facebook Messenger setiap masa, beralih ke SMS dan barulah ke WhatsApp. Ya, sebagai pelajar ketika itu telefon pintar masih belum trend. Komunikasi adalah SMS serta Chat. Semakin kerap SMS, kami beralih ke panggilan telefon setiap malam.
Mengejutkan, Si Dia mula terbuka dan menceritakan kisah silam. Beberapa jam perbualan, Si Dia mula meluahkan perasaan “suka”. Ya, saya adalah lelaki dan dia adalah perempuan. Jarang sama sekali seorang perempuan meluahkan perasaan ke lelaki. Lebih-lebih lagi kawan baik. Selepas setuju untuk bercouple kami berbincang untuk gelaran manja.
Agak janggal kerana selama ini berkawan panggil aku/kau sahaja. Buntu dan pening, Si Dia kata tidak ingin teruskan hubungan. Agak terkejut baru sahaja satu hari, hubungan kekasih tidak menjadi. Tetapi ingin teruskan sebagai kawan baik. Sebagai lekaki, saya rasakan diri ini terjerumus dalam hubungan friend zone. Jadi saya mengambil langkah cuba meyakinkan Si Dia untuk bercouple dengan menggunakan nama sebagai panggilan manja.
Bulan demi bulan kami berubah ke Abang/Sayang, SUPER AWKWARD. Kawan-kawan kami gelakkan sahaja. Setahun berlalu, kami bercadang ubah ke nama yang klise – Baby/Sayang.
Itu yang melekat dan kekal sehinggalah berubah menjadi I/You kerana hubungan kami rapuh. Kami agak terlambat menggunakan gelaran Baby/Sayang. Apa yang terlambat?
Gelaran nama manja ini mengeratkan lagi hubungan. Ia menjadi eksklusif. Kalau guna nama, ada sahaja kawan perempuan lain guna nama. Kalau panggil I/You ada juga kawan-kawan lain gunakan. Jadi menggunakan gelaran manja ini mengesahkan hubungan itu menjadi dan memberi petanda yang salah seorang mengambil berat serta usaha bagi menjayakan hubungan.