Carian
Pencarian Crush Yang Sempurna
December 3, 2020 Penulis Kacak

Pencarian Crush Yang Sempurna

Apa itu crush? Crush itu hancur atau musnah ke? Hmm, boleh kata – kalau cinta ditolak hancur dan musnah lah harapan dan hati. Crush adalah seseorang yang kita suka, tetapi Si Dia tidak tahu atau mungkin mungkin mungkin ya, mungkin pura-pura tidak tahu.

Okay, nak ada crush ni pun bukan senang. Jangan nak membabi buta je suka seseorang tanpa tahu atau kenal. Nanti dah mula perasaan itu semakin dalam, ada yang tidak kena – siapa yang sakit? Diri sendiri jugak.

Okay Step 1, korang kena cari orang yang ada benda dia dan diri korang sama. Macam muzik, filem, drama, tokoh ke.. sebab bila jadi hubungan nanti boleh la time dating tu enjoy benda yang sama-sama suka.

Step 2, simple je. Cari yang seiring dan sejiwa. Bermakna, boleh terima antara satu sama lain tidak kira baik atau buruk. Memahami antara satu sama lain. Kalau macam mudah cemburu, baran ke apa ke kalau tak boleh terima – LUPAKAN! Bila dah jadi nanti barulah secucuk.

Step 3 pulak, cari yang happening. Macam boleh buat lawak, ceria, boleh gelak-gelak. Biarkah selekeh-selekeh sikit sebab nak bagi attention si dia untuk rasa caring ke, manja manja bila on call ke… Nanti bila dah bersama, saat sedih bolehlah salah seorang pujuk dan jadikan si dia gembira.

JUJUR DAN SETIA, step 4. Cari yang boleh sentiasa berkongsi antara satu sama lain. Jangan nak sembunyikan sesuatu atau berahsia. Lepastu, cari yang setia. Kalau si dia ada kawan lelaki lain, pastikan dia boleh lebih fokuskan korang. Takde nak lebih-lebihkan orang lain. Sebab nak bagi ingat, yang korang ada untuk dia. Benda ni bila apply dalam hubungan korang kalau menjadi – SUMPAH HAPPY!

Last, yang tak lain dan tak bukan – Step 5. Cari yang Si Dia tu ada kawan-kawan yang baik-baik. Jangan suka dia kalau dia ada kawan yang boleh racunkan fikiran kita dengan perkara negatif. Taknak nanti overthinking benda bukan-bukan. Pastu kawan tu, boleh masuk bila dia dengan kawan korang and korang dengan kawan dia masuk. Tak awkward ke. Bila dalam hubungan nanti, happy je.

Jadi, kalau korang ada kawan ke rakan kerja ke, duduk dekat-dekat ke – bila dah crush dan dah ada feeling. Apa lagi take your action. TAPI YANG PENTING, cari hint kalau crush tu dah over berkawan sangat. Macam ada petanda yang dia nak korang as kawan je. Sebab nak elak FRIENDZONE!!!

Komen