Carian
Pendam Rasa Cinta
December 3, 2020 Penulis Kacak

Pendam Rasa Cinta

Bertahun sudahku menunggu dirimu, akhirnya kau kan menjadi milikku. Sukarnya untukku melupakanmu, 

Hmmm, aku pendam perasaan aku terlampau lama. Aku rasa aku patut bersemuka sahaja. Nanti terlepas peluang. Tapi, kenapa hati aku masih gelisah. Aku masih belum bersediakah? Dah lama masalahnya aku pendam perasaan ini. Aduh…

Hari-hari aku lihat dia, hari-hari aku rasa rindu. Hari-hari aku menyesal kerana tidak dapat luahkan perasaanku. 

Bertegur sapa, berjenaka, makan sama, dah selalu bersama-sama. Tetapi apakan daya, aku masih tidak berani.

Patut ke aku pendam sahaja? Patut ke aku luahkan sahaja? Apa patut aku buat? Aku dah tak tahan!!! Aku buntu, pening, keliru!!! Alangkah indahnya jika aku dapat berkongsi dengan orang yang aku kenal. Tetapi aku yakin, aku akan digelakkan. 

Aku tidak ingin menjadi bahan lawak jenaka, apabila hatiku serius mencari cinta. Usiaku sudah hampir ke 30, aku ada masa yang singkat. 

Kewanganku sudah stabil, kerjaku stabil, aku sihat, keluarga juga tidak sabar lihat aku bina keluarga. Tetapi kenapa aku masih takut?

Aku tidak gemarkan perasaan ini. Oh Cinta, bolehkah engkau sahaja yang luahkan perasaan kau kepadaku. Takkah kau nampak hint2 aku? Atau kau sengaja buat-buat tak tahu?

Hmmm. Sedihnya. Sepanjang aku menulis artikel ini. Luahan aku ini. Aku membuat keputusan untuk teruskan pendam. Aku tidak ingin mencemarkan keadaan. Aku yakin aku boleh bahagia sebegini. Aku yakin bila tiba masanya, aku dan kau akan bersama. 

Komen