Carian
Senarai Baucar Dan Kod Promosi Yang Boleh Digunakan Sepanjang 12.12
December 4, 2020 Lina Rosli

Senarai Baucar Dan Kod Promosi Yang Boleh Digunakan Sepanjang 12.12

Sebelum melangkah masuk ke tahun yang baru, terdapat satu lagi promosi dan festival besar-besaran dilaksanakan pada bulan Disember iaitu 12.12. Sekiranya anda terlepas jualan besar 11.11, anda masih boleh mendapatkan tawaran diskaun dan kod promosi yang terdapat di laman atas-talian pilihan anda pada 12.12 ini.

Berikut adalah senarai untuk beberapa laman atas talian yang hadir dengan tawaran istimewa sempena 12.12 ini. 

ZALORA

ZALORA memperlihatkan sejumlah promosi dan kod baucar yang boleh anda tebus sepanjang minggu 12.12.

Pelanggan boleh memenangi hadiah wang tunai dan diskaun yang menarik bersempena festival ini. Antara jenama yang mengambil bahagian dalam penjualan ZALORA 12.12 termasuk Under Armour, Ellesse, Pomelo, Havaianas, Superdry, Laneige, Shiseido, Make Up For Ever, Akemi, Hooga, dan banyak lagi.

Tarikh Tawaran
4/12 Jualan Kilat Untuk Produk Kecantikan: Potongan Diskaun Sehingga 70%
5/12 Diskaun 40% Untuk Jualan Kilat
6/12 Kod Baucar Dengan Potongan 25% Di Laman Web Zalora.
7/12 Sukan: Beli 2 Untuk Potongan 40%
11/12 12 tengahari – 12 malam – Kod Baucar Dengan Potongan Harga 40% Bagi Pembeli Terawal
12/12 12 tengahari – 12 malam –  Diskaun Sehingga 80% + 45% Tambahan Untuk Semua Kategori Barangan
12.12 Minggu #ZALORABeauty 
Laneige: Diskaun 18% Di Kedai Fizikal + Potongan Sehingga 48%
Benefit Cosmetics: Diskaun Sehingga 25% Di Kedai Fizikal
Belif: Diskaun sehingga 40% / Tambahan hadiah dengan pembelian minima bernilai RM200 pada 12.12

FAVE

Aplikasi ini membawakan sejumlah tawaran menarik yang pasti membuatkan anda untuk tidak ingin melepaskan peluang.

Antaranya adalah promosi makanan bernilai harga RM12 untuk kedai terpilih seperti The Manhanttan Fish Market untuk Menu Fish ‘N Chip Dory untuk seorang makan, Baskin Robbin Chocolate Overload Sundae dan banyak lagi.

Fave Promo RM12
Fave Promo Makan
[12.12 Favemous] Extra 32% e-Cashback

FOREO – LAZADA

Pada 12 Disember, FOREO menawarkan tawaran hebat dan set eksklusif FOREO di Lazada. Ia berlangsung sepanjang 12 hingga 14 Disember 2020.

  • Diskaun Sepanjang Hari: Diskaun 30%
  • Diskaun Kilat Selama 2 Jam (12 malam hingga 2 pagi): Diskaun sebanyak 35% dan tambahan diskaun 10% jika membeli 2 item tambahan.
FOREO l Feel amazing with our skincare and oral care devices

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan segala keperluan anda pada harga yang lebih rendah bersempena 12.12 ini. Teruskan bersama Tajria untuk mengetahui lebih banyak lagi tawaran menarik yang lain!

Komen