Tips Mengira Harga Diskaun Di Kedai Tanpa Menggunakan Telefon Pintar

Apabila anda berjalan di pasaraya atau pusat membeli-belah, pernahkan berlaku kejadian yang mana anda akan mengeluarkan telefon pintar untuk mengira jumlah diskaun yang ditawarkan dan harga baru untuk sesuatu barangan?

Atau mungkin anda hanya terus ambil dan beli sahaja tanpa mengira berapa sebenarnya jumlah yang ditawarkan?

round white and black analog watch reading at 9:10

Mungkin pengiraan ini dianggap remeh, tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk anda mencongak perbelanjaan dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengetahui sama ada diskaun yang ditawarakan sama ada berbaloi atau tidak.

Bagaimana Untuk Mencongak Lebih Mudah?

Berapa banyak sebenarnya yang anda akan kurang berdasarkan paparan diskaun yang ditawarkan? Kalkulator pada telefon pintar adalah salah satu cara pintas untuk anda membuat kira-kira dengan pantas.

Namun, apabila anda kerap melakukan sedemikian ia tidak akan mengasah otak anda untuk memproses nombor dengan lebih cepat. Jadi, bagaimana anda boleh mengira diskaun pantas tanpa perlu menggunakan kalkulator.

Crop anonymous economist using calculator app on smartphone at work

Gerakkan perpuluhan, kemudian gandakan nombor

Sebagai kaedah termudah untuk mengira diskaun seperti 10%, 20%, 30% atau 40%, anda boleh melakukan cara seperti ini:

  1. Pindahkan titik perpuluhan untuk harga yang tertulis di pelekat atau tag harga. Sebagai contoh, harga RM45.90. Gerakkan titik satu tempat ke kiri untuk mendapatkan RM4.59 daripada RM45.90.
  2. Kemudian, bundarkan ke nombor mudah seterusnya RM4.60.
  3. Jika diskaun yang ditawarkan adalah 20%, maka gandakan nombor tersebut dan hasilnya adalag RM9.20. Ia yang merupakan 20% daripada harga asal anda.
  4. Anda boleh menggunakan cara ini juga untuk 40% dan 70%. Contohnya, 4 x RM4.60 = RM18.40 atau 7 x RM4.60= RM32.20 dan kemudian tolakkannya dengan harga asal.
  5. Pastikan anda gunakan teknik pembundaran standard. Jika angka selepas perpuluhan adalah 5 atau lebih tinggi maka bulatkan ke nombor yang paling dekat. Namun, jika bilangannya lebih rendah dari 5 maka bundarkan ke bawah.

Gandakan nombor diskaun

Tentukan bilangan puluhan dalam peratus. Untuk mengetahui jumlah puluhan, bahagi dengan peratusan dengan 10 menggunakan peraturan pembahagian normal.

Sebagai contoh, jika diskaun untuk baju adalah 35%, anda boleh menggunakan teknik di atas dengan penambahan sedikit jalan kira iaitu gandakan 5% menjadi 10%. Hal ini kerana, 5% adalah separuh daripada 10%.

Sebagai contoh, jika 10% dari RM46.00 adalah adalah RM4.60, kemudiakan bahagi kepada dua menjadi RM2.30.

Akhir sekali, anda boleh menambahkan kesemua nombor yang dikira iaitu RM13.80 + RM2.30 menjadi RM16.10. Mudah bukan?

____________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa kaedah atau tips yang boleh anda praktikkan sewaktu ingin mengira diskaun tanpa mengguna telefon pintar. Adakah anda mempunyai teknik dan cara yang lain? Jika ya, anda juga boleh berkongsi di Tajria!