Malaysia Airlines Kini Menjual Kacang Di Laman Atas-Talian Temptations

Sejak Covid-19 melanda di seluruh dunia pada Mac 2020 yang lalu, ia telah menerhadkan pergerakan anda tidak kira sama ada di dalam atau luar negara.

Jadi, bagi menghilangkan sedikit rasa rindu untuk melancong dan terbang ke serata dunia, Malaysia Airlines kini menawarkan set hadiah khas yang membawakan 10 paket kacang ‘Signatures Salted Peanuts’ pada harga RM15.00 satu kotak.

Kacang ini adalah salah satu snek yang paling diingati oleh kebanyakan penumpang Malaysia Airlines. Teksturnya yang rangup dan lazat membuatkan orang ramai menggemarinya sehingga ada penumpang yang meminta lebihan kacang dari staf kabin untuk membawanya pulang.

Anda boleh mula mendapatkannya di laman atas talian Malaysia Airlines iaitu Temptations dan mula membeli pada hari ini. Bukan itu sahaja, anda turut berpeluang mendapatkan 30 mata ganjaran Enrich untuk setiap transaksi pembelian.

Menarik bukan? Beli Malaysia Airlines Signature Salted Peanuts Gift Box dan pilih servis penghantaran ke rumah untuk menikmatinya hari ini. Selamat mencuba!

Beli Kacang Di: Temptations Malaysia Airlines