Carian
Hiburkan Hari Dengan Menggunakan Peranti Pintar Bersama Snapchat
December 6, 2020 Lina Rosli

Hiburkan Hari Dengan Menggunakan Peranti Pintar Bersama Snapchat

Tidak dinafikan, telefon pintar adalah salah satu medium yang kini penting dan menjadi tonggak untuk semua individu kekal berhubung.

Selain komunikasi, telefon pintar juga adalah platform untuk individu mengetahui info semasa dan menyertai aktiviti maya yang dapat menghiburkan diri lebih-lebih lagi sewaktu Covid-19 ini. Terdapat banyak syarikat dan jenama teknologi yang tidak mahu melepaskan peluang ini dalam memastikan pengguna mereka mempunyai pengalaman yang menarik sepanjang tempoh PKP ini.

Oleh itu, Snapchat kini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan yang mungkin membantu anda meningkatkan produktiviti dan kreativiti walaupun kekal berada di dalam rumah.

Bina dan cipta lensa AR sendiri

Jika anda aktifi di media sosial, terdapat pelbagai lensa AR atau lensa realiti terimbuh yang diperkenalkan dan diguna-pakai oleh ramai individu.

Jadi, bagi anda yang ingin mempunyai lensa AR yang tersendiri, maka inilah peluang anda. Anda boleh mempamerkan kreativiti anda di Snapchat, walaupun anda tidak mempunyai pengalaman sebelumnya.

Dengan Snap’s Lens Studio, iaitu sebuah aplikasi desktop percuma yang dapat membantu anda membuat AR Lens untuk Snapchat dan juga boleh dikongsikan hasil ciptaan berikut kepada jutaan Snapchatters di seluruh dunia.

Sekiranya anda memerlukan panduan atau langkah untuk membina Lens, anda juga boleh melihat Kursus Lens Studio dalam talian secara percuma di OpenLearning.

Terokai pengalaman melancong secara atas-talian

Manakala untuk anda yang merindui pengalaman melancong, anda boleh mencuba Airbnb Online Experiences. Melaluinya, anda dapat berhubung dengan orang lain, mempelajari kemahiran baru bersama komuniti global dan banyak lagi hanya di sofa rumah anda sahaja.

Airbnb Online Experience menawarkan banyak pilihan aktiviti yang boleh anda pilih untuk disertai oleh Host dari seluruh dunia. Anda juga boleh menikmati pengalaman melakukan kraf tempatan bersama artis dan usahawan kreatif Malaysia, Nini Marini. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mempelajari tarian K-pop baru dengan Bryan dari Korea Selatan.

Tonton dokumentari yang menghiburkan di telefon pintar

Sekiranya anda berminat untuk menonton kandungan yang berunsurkan pendidikan, anda boleh mengaksesnya melalui Snap Original.

Antara contoh dokumentari baru di Snapchat termasuk First Person yang difilemkan dengan Snapchat Spectacles. Ia merupakan hasil daripada mata para inovator muda yang luar biasa yang mencipta perubahan positif ketika berjuang untuk melindungi bumi. Siri ini baru ditayangkan pada bulan November yang lalu.

Bagi yang berminat untuk menonton, anda boleh melakukan caria dokumentasi pilihan di aplikasi Snapchat.

Pelajari bahasa baru dengan Duolingo

Pilih dan pelajari bahasa baru di Duolingo. Ia merupakan sebuah laman web pembelajaran bahasa profesional yang menawarkan pelajaran harian mudah dan pantas dengan pilihan sebanyak 37 bahasa.

Menarik bukan? Anda boleh mengakses Duolingo untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan bahasa yang ditawarkan.

Bergaul dengan rakan-rakan melalui permainan yang menyeronokkan

Sudah tentu anda pasti akan merindui akticiti sosial bersama rakan-rakan yang lain. Namun, kemeriahan aktiviti sosial tidak dapat dilaksanakan seperti dahulu disebabkan oleh pandemik yang berlaku.

Jadi, untuk menaikkan semula kemeriahan tersebut, Snapchat hadir dengan ruang Bitmoji Party di Snapchat. Melaluinya, anda dan rakan-rakan dapat bersaing antara satu sama lain dalam satu siri permainan mini yang menyeronokkan. Anda boleh memainkan permainan ini menggunakan Bitmoji rekaan anda sendiri sebagai avatar. 

______________________________________________________________________

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula memuat turun aplikasi Snapchat di Google Play Store dan Apps Store untuk memulakan aktiviti menarik pada hari ini.

Pastikan anda kekal bertenaga dan ceria sewaktu PKPB ini, namun dalam pada masa yang sama masih lagi mengikuti saranan daripada pihak kerajaan untuk kita bersama-sama memerangi virus Covid-19 ini. Di harap semoga anda kekal sihat dan selamat sepanjang tempoh PKP ini!

Komen