Penulis Kacak Diterbitkan 4 December 2020

Cerpen: Rahsia Terbongkar

Cerpen: Rahsia Terbongkar

Kerana dia, rahsia terbongkar. Kerana dia semua yangku pendam terdedah. Kerana dia aku malu. Kerana dia aku murung. Kerana dia aku sedih. Kerana dia juga terlintasnya fikiran untuk menamatkan diriku. Tapi aku! Tapi aku… Tapi aku sentiasa cuba untuk tabah.

Aku cintakan dia, aku sayang dia, aku ambil berat tentang dia. Aku setia, aku percaya, apakan daya aku terpedaya. Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk dia bertindak sedemikian. Adakah aku bodoh? Adakah aku lemah? Benarkah aku sudah bersedia? Kenapa ia berlaku pada diriku?

Bertahun kami bersama. Segala kisah silamku yang perit, yang malu, yang akan mengaibkanku, semua aku cerita kerana aku percaya. Aku tetap dianiaya. Apa salah aku? Aku jujur. Aku buat apa? Kenapa aku? Aku cerita kerana aku yakin! 

Dia akhirnya sedar, dia salah faham. Dia tidak sangka dia yang bersalah. Dia sangka aku curang. Dia sangka aku tipu dia, dia sangka aku tidak pedulikan dia – jadi dia malukan aku sebagai tanda balas dendam. Dia tidak berpuas hati denganku kerana fikir yang bukan-bukan. Dia sedar, dia merayu, merayu dan merayu meminta maaf.

Aku cintakan dia. Aku sayang dia. Aku geram. Aku marah. Aku naik gila. Secara tidak sengaja aku tampar dia. Dia menangis teresak-esak, dia terima tamparanku, dia sedar dia salah. Tapi aku masih geram, aku maki dia. Aku sebut kata-kata kesat, sehingga dia jerit

YOU DAH MELAMPAU!!!! 

Aku terdiam. Aku sedar. Aku sudah terlampau. Tetapi aku tidak aibkan dia. Dia sudah cemarkan maruahku. Aku kata aku minta maaf yang aku terkasar, kemudian aku jerit 

YOU LAYAK KENA TAMPAR TADI, YOU YANG MELAMPAU, BUKAN I!!!!

Dia menangis minta maaf. Dia sedar fikiran dia tercemar kerana hasutan kawan. Dia sedar dia salah. 

Aku terlampau cintakan dia. Aku tidak ingin dia tinggalkan aku. Adakah aku patut beri peluang kedua? Aku kata ya! 

Aku maafkan dia, aku kata aku cintakan dia. Dunia aku, hidup aku tidak akan lengkap tanpa dia. Aku ingin teruskan hidupku bersama dia.

I LOVE YOU SAYANG!!!!! 

Kataku kepada dia. 

Kami bersama bertahun. Kami merancang bina keluarga. Kami rancang majlis perkahwinan, tema warna, kos berapa dan ingin tinggal di mana. 

Tapi. Tapi. Aku teringat. Dia cemarkan maruah aku. Kalau berkeluarga bersama, adakah dia akan cemarkan maruah keluarga aku? Aku terbayang, aku rasa geram, aku rasa tidak puas hati. Aku membara. Aku panas.

Aku ungkit. Aku marah. Dia marah. Dia kata maaf. Cukuplah. Aku kata ya cukup! Cukuplah kita sampai di sini sahaja. Aku takut. Dia kata maaf, dia sedar. Aku kata tidak. Aku tidak rasa bahagia. Untuk keamanan bersama, kita berhenti berjumpa.

Semua ini berlaku ketika kami keluar makan bersama. Sedang berjalan makan angin, semua di atas mula diluahkan. 

Dia geram. Dia sedih. Dia marah. Dia tolak aku. 

Aku tersungkur.

Aku tergolek.

Separuh tubuhku di jalan raya, lori bergerak laju, aku cuba dengan pantas untuk alihkan diriku, tapi lori begitu laju.

BOOM!

Aku mati. Aku patut bahagia. Aku bebas dari dia. Tapi kenapa aku masih berduka. Aku sudah mati, kenapa aku masih sakit hati. KENAPA? 

….

….

Ini adalah cerita. Satu cerita yang tiada siapa tahu benar. Menurut teori, ia adalah luahan hati yang dijadikan satu cerita. Kononnya, Si Lelaki mati, Si Dia murung, jadi gila. Dia dikatakan trauma sehinggakan ada dua identiti. Si Lelaki adalah identiti alternatif Si Dia. Dia anggap diri dia bersalah selamanya, kerana fikir dia pembunuh. 

Cerita ini mungkin benar. Mungkin tidak. Jika benar, isi tersirat akan difahami. Jika tidak, ia hanya cerita dongeng.