Carian
Benarkah Penggunaan Pelitup Muka Yang Lama Menjadikan Anda Sesak Nafas?
December 8, 2020 Lina Rosli

Benarkah Penggunaan Pelitup Muka Yang Lama Menjadikan Anda Sesak Nafas?

Seperti yang kita lihat sekarang, norma memakai pelitup muka ketika berada di luar adalah satu kepentingan dan inisiatif untuk mencegah penyembaran virus Covid-19.

Secara peribadi, pada awal pemakaian boleh dikatakan agar rimas dan sukar untuk bernafas. Namun, lama-kelamaan ia seakaan sudah alah bisa tegal biasa kerana sudah hampir 8 bulan rutin pemakaian ini berlangsung.

green and white striped textile

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu masih lagi merasakan bahawa pemakaian pelitup muka ini seakan mengurangkan pengambilan oksigen dan memaksa mereka untuk bernafas dengan karbon dioksida mereka sendiri.

Adakah ia benar?

Adakah pelitup muka mengurangkan penyerapan oksigen bahkan ia membuatkan individu menghirup karbon dioksida yang dilepaskan sendiri?

Jadi, Tajria hari ini akan berkongsi sedikit informasi mengenai isu pemakaian pelitup muka sepanjang hari ini dan pengurangan kadar pengambilan oksigen.

Benarkah Penggunaan Pelitup Muka Mengurangkan Kadar Oksigen? 

Adakah anda menyedut terlalu banyak karbon dioksida?

Jawapannya, tidak.

Menurut pakar pulmonologi Wexner Medical, iaitu doktor Jonathan Parsons yang pakar dalam sistem pernafasan mengatakan semua individu bernafas dengan baik-baik sahaja di sebalik pelitup muka itu. Semua individu mendapat semua oksigen yang diperlukan dan tahap karbon dioksida masih tidak akan meningkat walaupun memakainya untuk tempoh yang lama.

Jadi, anda tidak perlu risau akan pemakaian pelitup muka kerana ia tidak membahayakan tahap oksigen dan merupakan senjata terbaik untuk menghalang penyebaran Covid-19.

Mengapa Anda Berasa Sesak Nafas Dan Pening Sewaktu Memakainya?

Segala simptom ini sebenarnya berpunca dari perasaan bimbang dan mungkin masih lagi tidak biasa dengan sensasi sewaktu pemakaiannya.

Tidak dinafikan bahawa karbon dioksida adalah produk sampingan semula jadi dari proses pernafasan badan, sesuatu yang kita semua hirup dan keluar setiap hari.

Menurut National Institutes of Health (NIH), menghirup karbon dioksida (CO2) mungkin boleh menyebabkan sakit kepala, vertigo, penglihatan berganda, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian, tinitus dan sesak nafas kerana perpindahan udara.

teal and white underwear on gray textile

Namun, ia berlaku hanya apabila CO2 berada pada paras paling tinggi dan sekiranya di kadar CO2 di atmosfera pula sekitar 10%.

Jadi, semasa anda memakai pelitup muka, CO2 yang dikeluarkan adalah terlalu sedikit dan masalah sesak nafas itu berlaku ketika anda menghembuskan nafas terlalu cepat atau terlalu kerap.

Akhir sekali, MD di Aeroflow Healthcare pula mengatakan penggunaan pelitup muka yang berpanjangan tidak terbukti menyebabkan ketoksikan karbon dioksida pada orang yang sihat.

Sumber: Wexner Medical, Health

Komen