Sedih Kena Reject
Kadang-kadang cinta menjadikan hidup ini seindah syurga dan kadang-kadang menjadikan hidup kejam seperri neraka. Kita tidak melihat kesengsaraan dengan mata kita, kerana kesengsaraan hanyalah khayalan kita dan tidak ada orang yang ingin hidup sengsara……

Satu hari…
Aku masuk ke universiti, bertemu dengan rakan baru dan kemudian seorang gadis yang sangat cantik memikat pandanganku tanpa berkelip mata…. Aku bertanya kepada rakan-rakanku, siapa gadis ini?
Jawabnya, itulah Saleha (bukan nama sebenar)… .. dia adalah gadis popular yang ramai jejaka terpikat. Tetapi semua orang setakat ini, dia tolak.

Aku adalah seorang yang nakal. Suka kacau perempuan, dating dua-tiga perempuan serentak. Tetapi sejak aku nampak Saleha, aku taubat. Aku sopan, karakter aku berbeza, aku solat lima waktu, aku semakin rajin, semakin sihat. Aku lain. Rakan-rakanku pun kata aku sudah berubah.
Aku mula mendekati Saleha. Aku berbaik, aku berkawan, aku semakin rapat. Kami keluar bersama, makan bersama, wayang bersama, balik kampung naik kereta bersama .. Selepas beberapa bulan, aku luahkan segalanya. Kerana saat ini aku harap dia sudah kenaliku, sudah memahamiku, sudah ada perasaan.
Ya, benar. Saleha benar-benar kenal aku, faham aku dan ada perasaan. Perasaan itu adalah takut. Kenalndan faham itu adalah masa silam aku.
Rakan-rakan Saleha telah mendedahkan masa silamku. Sedangkan aku sudah berusaha berubah. Aku taubat. Sepanjang aku dengan Saleha, aku tidak pernah melakukan kesilapan. Apa salah aku?

Sepantas kilat aku diserang dengan kata-kata yang menusuk hati. Saleha berang, marah, menangis, takut.
Aku cuba tenangkan dia, aku cuba pujuk.
Dia kata, dia tidak boleh melihat aku tanpa terbayang diriku yang lalu.
Dia terus tinggalkan aku.
Dia pergi begitu sahaja.
Setahun berlalu, tanpa sebarang komunikasi… Dia WhatsApp aku….
You, I’m sorry for what I did to you last year. I memang tak boleh nak maafkan you. I rasa marah, I geram. But sambil perasaan yang geram ini, I rindu you. I sayang you. I cintakan you. Tapi sangat susah untuk I lupa apa yang I dapat tahu. So, I decide untuk move on.
Sorry it took a year for me to contact you. I just perlukan masa. Ya, masa ini memang lama. I know kita tak declare yang kita ni couple. But, I just love you so much – that I can’t.
I’m sorry. I’ll miss you. Good Bye.
xoxoxo

Aku cuba buat panggilan telefon. Tetapi sudah tidak boleh. Setahun aku keseorangan, menerima mesej ini aku ingat adalah satu harapan. Tetapi apakan daya, aku sukar untuk menemui cinta.
You, if you read this. Somehow. Please know that, I Love You Very Much