Jimat Sehingga 90% Dan Tebus Pulangan Tunai Menggunakan FavePay Pada Disember 2020

Bersempena hari jualan 12.12 yang bakal tiba ini, Fave menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk anda dan juga keluarga.

Untuk kali ini, Fave membawakan pilihan eCards yang berbaloi yang boleh anda gunakan sama ada untuk diri anda atau keluarga anda yang mana memberikan penjimatan sehingga 90%.

Antara tawaran promosi dan diskaun yang boleh anda tebus termasuk:

Jibby By The Park & Serai – Pulangan Tunai RM50

Untuk penggemar makanan di bawah payung Serai, sememangnya penawaran eCards bernilai RM250 ini sangat berbaloi. Anda hanya perlu membelanjakan wang RM200 dan jimat RM50. 

Samsung – Pulangan Tunai RM10

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan eCards ini untuk pembelian peranti Samsung. Beli eCards pada harga RM100 dan dapatkan nilai RM110 untuk digunakan sewaktu pembelian.

SONX Jewellery – Pulangan Tunai RM100

Jika anda ingin berbelanja di SONX Jewellery, jangan lupa beli eCard SONX yang bernilai RM200 dengan harga RM100. Berbaloi bukan?

Kasut XES – Pulangan Tunai RM60

Selain itu, berita menarik untuk penggemar kasut jenama XES. Dapatkan eCard kasut XES bernilai RM260 dengan harga RM200 pada Disember 2020 ini. Dengan ini, anda dapat bergaya dengan kasut tumit tinggi, kasut, atau sanda pada harga yang lebih berbaloi dan menjimatkan.

Miniso – Pulangan Tunai RM20

Di Miniso, anda boleh mendapatkan pelbagai keperluan anda bermula dari barangan kecantikan, set pakaian, barangan kelengkapan dapur dan banyak lagi pada harga yang berpatutan.

Ditambah lagi dengan penawaran eCards RM120 yang boleh dibeli pada harga RM100, bukankah itu lebih menjimatkan dan berbaloi?

Selain pembelian eCards, Fave juga membawakan potongan dan diskaun tambahan jika anda melakukan transaksi pembayaran melalui FavePay.

PUMA

Dapatkan penjimatan sehingga 15% untuk pembelian di kedai PUMA di seluruh negara. Untuk setiap pembelian, anda berpeluang menerima pulangan tunai 5% apabila anda membayar melalui FavePay di kedai PUMA. Menarik lagi, anda berupaya memperolehi diskaun 10% tambahan semasa anda membuat pembayaran dengan kod promo PUMA10 dengan minimum pembelian RM300.

MOG Eyewear

Bagi anda yang ingin mendapatkan kaca mata atau cermin mata optik berkualiti tinggi, MOG Eyewear menawarkan pulangan tunai 5% untuk setiap pembayaran melalui FavePay. Anda juga boleh mendapatkan diskaun tambahan 5% apabila membuat pembayaran dengan kod promo MOG5.

Bari Uma

Jika anda berkunjung ke Bari Uma, jangan lupa untuk melakukan pembayaran menggunakan FavePay kerana anda boleh memperolehi pulangan tunai sebanyak 5%. Dan tebus diskaun tambahan sebanyak 20% menggunakan kod promo BARIUMA20.

Nikmati lebih banyak penjimatan dengan FavePay dan dapatkan diskaun segera dengan pembelian anda di kedai sehingga 20%. Selamat mencuba!