Mister Potato adalah jenama kerepek kentang yang popular di Malaysia. Ia adalah rangkaian produk dibawah jenama Mamee-Double Decker yang mana antara barisan produk yang diperkenalkan adalah Mister Potato Chips dan Mister Potato Crisps.

Menurut jenama ini, kerepek kentang yang dihasilkan hanya diperbuat dari kentang segar yang diimport dari ladang terbaik di Amerika Syarikat dan Australia. Ia juga disediakan dan ditawarkan di lebih dari 100 negara seperti Australia, Singapura, Rusia, Belanda, Maldives dan Timur Tengah.


Bagi penggemar Mister Potato, sudah tentu apakah pilihan perasa yang ditawarkan bukan? Anda boleh mendapatkannya dalam 6 rasa berbeza iaitu Original, Hot and Spicy, Sour Cream and Onion, Tomato, Barbeque dan Fiery Hot and Spicy. Malah, baru-baru ini juga Mister Potato turut menawarkan perasa terbaru iaitu ubi keledek yang mempamerkan identiti dan citarasa Malaysia.

Asal Usul Mister Potato

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia merupakan jenama di bawah Mamee-Double Decker yang ditubuhkan sejak tahun 1992.

Untuk pengetahuan anda, Mamee-Double Decker merupakan pengeluar makanan ringan utama Malaysia. Di bawahnya terdapat Corntorz, Mamee Monster dan Double Decker. Ia diasaskan oleh Datuk Pan Chin Hin pada tahun 1971.


Apa yang menarik lagi adalah Mister Potato ini juga adalah jenama pertama yang ditaja oleh Manchester United pada tahun 2011 hingga 2014.

Bergerak ke belakang sedikit, kerepek kentang tidaklah begitu popular dan diminati oleh orang ramai. Namun, di California, ia menjadi sesuatu yang sohor kini apabila Laura Scudder, iaitu pengusaha kerepek dalam beg kertas yang telah dikedapkan. Orang ramai dilihat berminat dengan kaedah yang mampu mengekalkan kesegaran kerepek dan sekaligus membantu mengelakkan kerepek hancur walaupun telah disimpan untuk tempoh yang lama.

Antara jenama global yang terawal memasarkan kerepek kentang adalah Lay. Pada waktu itu, jenama ini memperkenalkan produk kerepek “Ruffled” yang berkedut dan sangat menyelerakan.

Dengan slogan “A World of Good Taste”, Mister Potato kini telah membina jenama terkenal di dunia dengan memastikan kualiti dan rasa, melabur dalam inisiatif penjenamaan, mempromosikan inovasi produk dan memberi pengguna produk yang berbaloi.

Apakah Yang Membuatkan Mister Potato Diterima Di Kebanyakan Negara?

Kalau anda perasan di pasaran Malaysia, antara yang sering bersaing dan menjadi pilihan ramai adalah Mister Potato dan Pringles.

Ya, ia kelihatan sama. Namun, sebenarnya kedua-duanya mempunyai gaya dan rasa yang berbeza.

Secara peribadinya, saya mendapati bahawa dari segi tekstur dan potongan, Mister Potato adalah lebih tebal sedikit berbanding Pringles. Hal ini menjadikan Mister Potato mempunyai tekstur yang lebih garing selain menyediakan rasa kentang dan tambahan perasa yang lebih kuat. Namun, ia juga tidak begitu masin dibandingkan dengan Pringles.


Dari segi pembungkusan pula, Mister Potato menawarkan cara pembungkusan yang unik jika dibandingkan dengan jenama kerepek kentang lain. Ia membawakan bungkusan kerepek di dalam bekas silinder. Melaluinya, ia menampilkan susunan kerepek kentang yang lebih kemas dan lebih mudah untuk diambil.

Jadi, bagaimana dengan anda? Apakah kerepek kentang atau snek makanan ringan yang menjadi pilihan anda?