Mimpi. Mimpi adalah sesuatu yang terjadi ketika seseorang sedang tidur. Mimpi ada yang indah, ada yang ngeri. Mimpi juga ada yang menjadi realiti dan ada juga yang menjadi malu...

Dalam pejabatku, aku melihat seorang gadis yang cantik, comel, indah dilihat dan sentiasa membuatkan hatiku cair. Aku pernah duduk berdekatan dengan Si Dia, setiap hari aku rasa malu. Jadi aku terus fokus kerja bagi mengalihkan perhatian diriku.

Setiap hari aku terbayang, yang aku lebih berani untuk meluahkan perasaanku kepada Si Dia. Kita pernah berdua bersama di kafe, kita pernah berdua bersama berbual, kita pernah bercerita pasal zaman belajar, pasal keluarga, pasal pengalaman cinta dan banyak lagi...

Dalam hatiku, dialah gadis yang akan bersamaku seumur hidup. Dialah peneman hidupku, dialah Si Dia. 

Aku sentiasa berharap aku tidak terperangkap dalam zon kawan (Friendzone). Aku juga berharap, Si Dia nampak petanda yang aku beri. Tetapi apakan daya, dia hanya nampak diriku sebagai kawan sahaja.

Suatu hari, kita makan bersama kerana bersahaja. Aku rasakan itulah date pertama kita. Aku rasa bahagia. Gembira. Jatuh cinta. Pulang dari kerja, aku berehat, tonton drama Asia, makan malam - lalu aku tertidur.

Di dalam mimpiku, aku mimpikan Si Dia. Kami adalah pasangan bahagia. Awal pagi di pejabat diejek rakan sekerja, bergelak bersama, kami terima dan kami sedar - kerana kami bahagia.

Kita makan bersama berdua, balik bersama, banyak meluahkan masa bersama. Dia panggilku You, Aku panggil dia Sayang, bila bermanja dia panggil namaku aku pula Baby Sayang, Baby Boo, My Princess, semuanya aku keluarkan.

Aku ambil dia, pergi ke pejabat - KLOK KLOK KLOK KLOKKKKK, KLOK KLOK KLOKKKKK. RING RING RINGIIIIINNNNNGGGGIIIINNNGGGG...

Penggeraku berbunyi. Aku tersedar dari tidur. Terus bersiap, makan sarapan dan pergi ke kerja. Aku rasa bahagia, dari parkir kereta ke dalam pejabat aku senyum. Separuh pejabat sudah penuh, rata-rata 3-5 rakan sepejabat belum tiba. 

Aku pandang Si Dia, aku senyum aku cakap Morning! Dia senyum, balas Morning Too! Aku tersengih. Aku mulakan kerja, sambil menunggu kerjaku memuat - aku pergi ke Si Dia dan katakan "You, nak makan mana hari ni? I rindu tempat kita selalu pergi tu, jom lunch sama"

Dia pandangku pelik, kerana aku biasa guna nama atau Aku/Kau. Kali ini aku gunakan You, ada perkataan rindu dan bersama - membuatkan rasa janggal tiba. 

Aku ketawa pura-pura, dan tukar topik. Nasib tiada yang sedar. Kemudian, aku cuba bertenang. Sebelum pejabat penuh, sebelum aku lebih fokus ke kerja - Aku WhatsApp "Sayang, you okay x pagi ni? Why macam badmood?" "I'm sorry Baby Boo" 

Dia pandang aku pelik. Aku tidak sedar, aku mula fokus kerja. Dia ketawa kuat, pejabat ketika itu sudah penuh. Dia senyum malu, kemudian rakan lain tanya kenapa - dia jawab "Tengok ni, Dia (menunding ke aku) mesej sweet-sweet macam couple. Entah kenapa tetiba"

Semua gelak, aku diejek, aku pelik. Aku terdiam, gelak bersama. Aku balas kerana bersahaja. Gurau. Sambil diriku masih buntu.

Habis kerja, aku keluar pejabat dengannya - aku tarik ke tepi lift dan tanya kenapa.

Aku masih buntu. Dia beritahu, tiada apa-apa. Aku yang disalahkan. 

Aku pulang, aku baca mesej aku, aku lihat gambar-gambar. Aku pelik.

AKHIRNYA ALU AKU SEDAR. SEMUA YANG BERLAKU YANG INDAH SELAMA INI ADALAH MIMPI.

Aku terus sedar, aku rasa malu, aku jerit, aku tidak tentu arah, aku naik gila, aku jerit, aku gila, aku baling semua yang aku pegang, aku tumbuk dinding, 

Esok ke pejabat, aku masih diketawakan. Perkara ini berlarutan bertahun lamanya. Akhirnya aku jujur, aku memang suka Dia, aku mimpi indah, terbawa-bawa. It's okay, dia tak suka aku - sebab kerja. Aku terima dan dah setahun, aku dah move-on. 

Dia janggal, dan sejak dari itu aku SANGAT JARANG berdua dengan dia. Sekali sekala, aku masih diejek.

 

...

...

....

......

........

Semua ini juga adalah mimpi. Aku sedar yang aku sedang bermimpi yang aku rapat dengan dia sehingga termimpi aku bersama dengan dia dan kembali sedar yang semua itu dalam mimpi - barulah aku sedar semua mimpi-mimpi ini adalah mimpi aku.

Ya, aku mengalami Inception. Karut? Anda yang baca, anda nilai. Perasaan aku, luahan aku, aku boleh ceritakan dalam apa jua bentuk.

Lihat profil
Penulis Kacak

24 artikel di Tajria.