Carian
5 Tips Memastikan Kereta Selamat Daripada Pencuri – Khusus Untuk Yang Kerap Tinggalkan Kereta
December 9, 2020 Lina Rosli

5 Tips Memastikan Kereta Selamat Daripada Pencuri – Khusus Untuk Yang Kerap Tinggalkan Kereta

Bagi anda yang mungkin tidak mempunyai tempat letak kenderaan khusus atau kerap meninggalkannya di luar, kenderaan anda mungkin berisiko untuk dimasuki pencuri, samun atau juga insiden-insiden lain.

Tahukah anda, jenayah pencurian dan pecah kereta telah mencatatkan sebanyak 641,991 kes sehingga tahun 2019. Ia tidak berhenti di situ sahaja yang mana baru-baru ini, satu insiden pecah kereta berlaku di Johor Bharu yang melibatkan individu warganegara Indonesia sekitar umur 32 hingga 42 tahun yang memecahkan cermin kenderaan di sekitar bandaraya.

Insiden dan kes kecurian ini juga bukan sekadar berlaku di kawasan yang sunyi dan suram, ada juga kejadian yang berlaku di stesen minyak dan juga ketika di kawasan rehat di 

Black Vehicle Interior

Namun, semenjak PKP dan PKPB berlangsung ini, catatan jenayah dilihat telah mengalami penurunan yang drastik. Hal ini barangkali disebabkan oleh perlaksanaan sekatan jalanraya yang dilakukan di kebanyakan tempat atau bandar dan juga arahan kerajaan yang menyarankan semua individu untuk kekal berada di rumah memberi impak kepada berkurangnya kadar kes jenayah.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Tajria hari ini ingin berkongsi sedikit kaedah atau tips untuk memastikan keselamatan kenderaan anda ketika diparkir di sesuatu kawasan.

Pasang Pemati Enjin Di Kereta

Terdapat banyak sistem penggera kereta yang dijual di pasaran namun ditawarkan pada harga yang tinggi. Oleh itu sebagai alternatif yang mudah dan agak murah, anda boleh memasang suis pemati enjin secara tersembunyi di kereta anda. Ia akan melumpuhkan kereta anda apabila pencuri ingin menghidupkan enjin.

Suis pemati enjin ini berfungsi untuk menghentikan aliran elektrik dari sistem pencucuhan kereta sama ada di bateri atau melalui fius yang berfungsi pada bahagian seperti pam bahan bakar.

Shopee: Kill Switch

Secara mudahnya, jika ia dipasang dan diaktifkan,  kereta tidak dapat dihidupkan sepenuhnya dan bermasalah untuk beroperasi.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan suis pemati enjin ini sama ada di Lazada atau Shopee. Atau anda juga boleh meminta mekanik atau pusat servis kenderaan terpilih untuk memasang pemati enjin.

Pasang Pengunci Brek

Kunci brek ini akan dilekatkan pada pedal brek anda dan mengunci belakangnya. Ia dibuat daripada logam yang keras, menjadikannya sukar untuk dipotong. 

Jika pencuri memotong pedal brek, ia akan mengakibatkan kenderaan anda tidak dapat dikendalikan.

Pusing Dan Kunci Stereng Kereta

Kaedah ini adalah untuk melengahkan pencuri untuk membawa lari kenderaan anda. Ia juga akan menyukarkan untuk membetulkan semula roda sekiranya mereka berjaya masuk dan menghidupkan kereta anda. Hal ini kerana, mereka perlu meluruskan tayar kereta sekaligus memberikan anda masa untuk menghubungi polis dan mencatat keterangan mereka.

Parkir Kereta Di Kawasan Yang Terang

Sekiranya anda meletakkan kenderaan atau parkir di sesuati kawasan setelah matahari terbenam, maka cubalah mencari tempat yang terang dan mempunyai lampu jalan yang terang. Hal ini kerana, ia mengurangkan risiko pecah kereta dan kecurian kerana mereka akan menjadi kurang senang untuk melakukan sesuatu.

Photography of Empty Parking Lot

Sembunyikan Barang Berharga

Lebih baik lagi, elakkan menyimpan barang berharga di dalam kereta. Hal ini kerana ia akan mencuri tumpuan pencuri berbanding kereta yang kelihatan kosong atau yang mempunyai komputer riba, telefon bimbit atau dompet di tempat duduk penumpang.

Amalkan tips dan kaedah ini dalam memastikan keselamatan kenderaan anda. Ia amat penting jika anda kerapkali meninggalkan kereta untuk tempoh yang lama. Seeloknya, parkir kenderaan anda di kawasan yang mempunyai pengawal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

white Audi vehicle with gray wheels

Selain keselamatan bahagian dalaman kenderaan, bahagian luar kenderaan seperti tayar, rim, enjin atau lain-lain juga perlu dijaga kerana komponen-komponen seperti itu lebih mahal dan mempunyai nilai tukar yang tinggi.

Sedikit tips untuk memastikan keselamatan rim tayar anda adalah dengan meletakkan tayar dekat dengan ruang penjalan kaki atau bahagian jalan yang tinggi atau pusingkan roda supaya senget dan serong. Dengan ini, ia akan menyukarkan pencuri untuk mengambil atau mengeluarkan rim anda. Selamat mencuba!

Komen