Potongan Harga RM10 Untuk Setiap Pembelian Di Pasar Seloka Holiday Market Di Maybank2u
Maybank2u sebelum ini telah hadir dengan penawaran ciri Marketplace yang menyediakan pelbagai jenis servis termasuk inisiatif Sama-Sama Lokal. Di bawah kempen ini, ia menyajikan dan menghimpunkan pelbagai jenis kedai makanan setempat, barangan fesyen dan kecantikan dan juga Pasar Seloka Holiday Market.

Untuk pengetahuan anda, Pasar Seloka adalah komuniti perniagaan kecil dalam bidang kreatif, pereka, seniman dan juga pencinta budaya. Antara kedai yang boleh tersedia termasuk The Ciks, Wondermilk, Mamasab, Maz Food dan banyak lagi.
Melalui komuniti ini, pengguna anda peminat barangan kreatif boleh mendapatkan barangan atau produk lokal dengan lebih mudah di samping membantu perkembangan dan pertumbuhan industri tersebut.

Dalam pada itu juga, bermula 8 Disember sehingga 26 Disember 2020 ini, anda boleh menikmati potongan harga untuk setiap pembelian di kedai pilihan anda di dalam komuniti Pasar Seloka. Diskaun sebanyak RM10 ditawarkan dengan minima bayaran pembelian RM50. Bukan itu sahaja, Maybank turut akan membayar caj penghantaran sebanyak RM5 untuk atas pesanan yang dibuat.
Bagi yang berminat, anda boleh menggunakan kod baucar SAMASAMASELOKA sebelum melakukan transaksi di platform berkenaan. Jangan lepaskan peluang anda dan sama-sama kita membantu industri lokal ini berkembang sewaktu musim Covid-19 ini.
Untuk mencuba:
- 1. Layari laman rasmi Maybank2u, dan klik bahagian Marketplace.
- Kemudian, kunjungi bahagian Sama-Sama Lokal dan pilih Pasar Seloka Holiday Market.
- Anda boleh menetapkan kawasan atau lokasi anda untuk mendapatkan kedai yang tersedia.
- Akhir sekali, letakkan kod SAMASAMASELOKA dan mula membeli!