Penceraian Tertinggi Dari Kumpulan Umur 30 Hingga 34 Tahun – Curang Salah Satu Penyumbang
Statistik di Malaysia menunjukkan kadar perkahwinan tahun 2019 menurun sebanyak 1.2 peratus yang mana sekitar 203,821 berbanding tahun 2018 yang mencatatkan jumlah sebanyak 206,352 perkahwinan.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga, Selangor menunjukkan jumlah perkahwinan tertinggi iaitu 38,803, diikuti Johor (26,892) dan Perak (17,616). Perkahwinan terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Putrajaya (448).

Manakala, kadar penceraian tertinggi pula dicatatkan di negeri Selangor iaitu sebanyak 11,767 kes cerai. Di tangga kedua adalah Johor (7,239) dan Perak (14,875) bagi tahun 2019.
Secara keseluruhan, kes penceraian dilihat meningkat sebanyak 12 peratus iaitu 56,975 kes cerai pada tahun 2019 dan 50,869 kes pada tahun 2018.
Peningkatan angka dalam kes ini adalah disebabkan faktor-faktor seperti masalah kewangan kerana hilang punca pendapatan, kurang persefahaman, curang serta kualiti perkahwinan yang rendah.

Untuk kumpulan umur dengan catatan penceraian tertinggi adalah 30 hingga 34 tahun bagi kedua-dua jantina.
Menariknya di dalam data yang dikongsikan juga, umur pengantin paling tua adalah 93 tahun untuk lelaki dan 86 tahun untuk jantinan perempuan.
Bercakap mengenai perkahwinan lagi, di Malaysia menunjukkan angka perkahwinan tertinggi adalah dari kumpulan umur 25 hingga 29 tahun.
Jadi, bagaimana pula untuk tahun 2020? Adakah kadar kes penceraian akan lebih meningkat? Dan bagaimana pula dengan jumlah perkahwinan tahun ini? Seperti yang kita tahu, pandemik ini sudah tentu telah banyak memberikan kesan kepada data tahun ini kerana banyak majlis kahwin terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan dan banyak isu lain yang berkaitan.