Carian
56% Lelaki Lebih Memilih Kaedah Beli Dulu, Bayar Kemudian Sewaktu Berbelanja Atas-Talian
December 10, 2020 Lina Rosli

56% Lelaki Lebih Memilih Kaedah Beli Dulu, Bayar Kemudian Sewaktu Berbelanja Atas-Talian

Baru-baru ini, Shopify telah mengeluarkan data mengenai trend dan perubahan dalam arena edagang pada tahun 2020.

Ia menyaksikan peningkatan dan perubahan yang ketara dalam industri lebih-lebih lagi kesan daripada wabak pandemik. Bukan itu sahaja, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan juga telah memaksa individu dan juga pekedai untuk beralih kepada teknologi sekaligus lebih menggalakan perbelanjaan secara atas-talian.

Shopify turut menyatakan beberapa ramalan dalam arena edagang untuk masa akan datang. Antara yang disebut termasuk penglibatan pelanggan muda akan mengubah landskap perniagaan, peralihan dari kedai fizikal kepada kedai digital, pelanggan lebih gemar untuk berbelanja secara bebas, pilihan pengguna bergantung kepada penawaran dan kelebihan sesuatu produk dan juga solusi kewangan moden yang mana pengguna akan lebih memilih penawaran lebih mudah, pantas dan fleksibel sewaktu berbelanja.

Antara yang menarik perhatian adalah trend pembelian dalam kalangan pelanggan muda iaitu sekitar 54 peratus mengenali sesebuah jenama berdasarkan sosial media. Sementara, 28 peratus daripada pelanggan muda membeli-belah menerusi sosial media berbanding kumpulan umur yang lain.

Berdasarkan data yang dikongsikan juga adalah sebanyak 56 peratus lelaki lebih memilih untuk membeli menggunakan kaedah ‘Buy Now, Pay Later’ atau lebih dikenali sebagai Beli Dulu, Bayar Kemudian.

Antara sebab pemilihan kaedah ini adalah keran lebih mudah untuk membayar pada kuantiti yang kecil, malah mereka juga mahu memanfaatkan tawaran yang disediakan oleh kebanyakan pekedai.

Bukan itu sahaja, situasi ini mungkin juga disebabkan oleh pilihan mereka untuk barangan elektronik yang mana kebanyakannya ditawarkan pada harga yang mahal. Maka, tidak hairanlah mengapa kumpulan ini antara salah satu yang berminat dengan kaedah pembayaran ini.

Komen