Pernah dengan apa tu Hibah Takaful dan Hukum Faraid? Dua topik ni memang berkait rapat dan selalu disebut bergandingan. Baik, kita cerita yang asas dulu ya untuk mudahkan kita semua faham. Harap ada manfaat sharing ni kepada semua.
Saya pernah berkongsi di Facebook,
‘Allah tidak cipta hukum tu melainkan untuk memudahkan. Hati-hati dengan penggunaan ayat kita, contoh, faraid ni susah, rumit.’
Jadi, perkongsian ni adalah berkaitan dengan post di atas.
Harta pusaka ni bila dibahagi, kena dapat persetujuan semua waris, sebab tu proses pembahagian harta ni boleh jadi lambat, memerlukan belanja. Proses ni melibatkan waris dan kita juga perlukan orang yang ahli, pakar dalam bidang ni.
Dalam harta pusaka tu ada hak milik anak yatim, hak ibubapa sebagainya, ada hak orang lain yang kita tidak boleh sesuka hati makan atau guna. Jadi, pembahagian harta perlu dilakukan dengan teliti. Bila waris semua okay, sebenarnya tidak rumit pun faraid.
Cuma, kita nampak situasi zaman sekarang, semua sibuk menuntut, keluarga tiada persefahaman, ada yang terabai. Harta, kesenangan, jangan bohong, kerana duit, kita semua boleh jadi buta.
Hibah ni, bukan solusi utama. Tapi ikhtiar, inisiatif untuk kita MUDAHKAN urusan pembahagian harta. Bukan MENYELESAIKAN atau MENGELAKKAN harta daripada hukum faraid. Jelas?
Duit hibah ni boleh diberi terus kepada waris yang pemegang polisi hibah tetapkan. Jadi duit cair ni bantu waris cari peguam, buka fail pembahagian, tuntutan sebagainya.
Lepas arwah meninggal, semua yang masuk dalam kategori harta pusaka akan beku tau. Waris tidak dapat guna terus. Sebab tu kita kena sediakan hibah sebagai backup untuk waris.
Jadi perlukah sediakan hibah untuk waris? Perlu supaya dapat mudahkan urusan harta, dapat bantu selesaikan hutang si arwah (ada proses juga ni), paling penting untuk orang yang bergantung dengan kita, pendapatan kita, mereka kehilangan tempat bergantung, pendapatan keluarga terputus, tapi makan minum, sekolah anak, bil air api, semua masih berjalan tau.
Sediakan hibah. Ingat ni.
Setakat ni faham? Kamu boleh belajar lagi pasal faraid, pembahagian harta ni dari orang yang lebih arif, jangan baca di media sosial terus timbul kesimpulan macam ni,
- Hibah selesaikan faraid.
- Faraid ni menyusahkan.
Untuk kawan-kawan yang berkerja dalam bidang takaful pun sama, kena jaga pemilihan ayat kita bila berkongsi. Sebab ayat biar pendek, boleh jadi fitnah. Sebab tu kena hati-hati. Tidak tahu boleh belajar. Okay?