Asal Usul Pita Kaset – Mengapa Pita Kaset Lebih Baik Dari Pemain Muzik Digital?

Jika anda perasan pada masa kini, platform penstriman muzik dilihat sudah semakin sinonim dengan kehidupan seharian. Anda pasti akan menstrimnya sewaktu perjalanan ke pejabat ketika di dalam tren, atau ketika bersukan di dalam gimnasium dan juga pada waktu malam sebelum anda tidur.

Tidak dinafikan dengan adanya, platform penstriman seperti ini anda dapat mendengar lagu ketika di mana sahaja anda berada selain menstrim lagu kegemaran anda tanpa had.

iphone 6 on macbook pro

Mari kita imbas kembali pada zaman yang mana menggunakan pita kaset dan juga CD untuk memainkan lagu yang didendangkan oleh penyanyi pilihan anda. Sudah tentu mendengar lagu hanyalah sewaktu berada di rumah atau di dalam kereta. Bukankah ianya sukar?

Sejarah Penciptaan Kaset

Sejarah rakaman audio sebenarnya sangat menarik, walaupun mungkin tidak semenarik sejarah fotografi. Sama seperti fotografi, audio berkembang sangat pesat sejak akhir tahun 1800-an sehingga ke hari ini.

Ia bermula dengan penciptaan fonograf iaitu kaedah yang menerjemahkan gelombang suara ke atas kertas sehingga anda dapat melihat suara pada tahun 1857. Kemudian, barulah muncul rakaman pita magnetik yang menggunakan proses rakaman mekanikal yang mengukir suara secara fizikal ke dalam rakaman plastik.

Sebelum itu pita kaset wujud, orang dahulu menggunakan pita audio empat trek. Sistem hifi pertama di dalam kereta menggunakan pita audio empat trek.

white and black cassette tape

Pita kaset pertama dicipta pada tahun 1962 yang dihasilkan oleh Philips di Hasselt Belgium. Ideal awal penciptaan kaset ini adalah untuk merakam dan menyimpan audio.

Pada awal penciptaannya, kualiti audio yang ditampilkan tidak cukup baik untuk main semula muzik. Namun, pada tahun 1965 versi mono diperkenalkan dan diikuti dengan versi stereo pada tahun 1967. Perkembangan teknologi dan penambahbaikan ini menyumbang kepada kualiti audio yang lebih baik.

Dengan adanya lambakan penawaran muzik di serata dunia, sudah tentu ia sangat memberi impak kepada teknologi pembangunan pemain audio.

Mengapa Pita Kaset Lebih Menarik Berbanding Pemain Muzik Digital?

Memori. Salah satu sebab mengapa pita kaset lebih menarik adalah memori dan seni yang ditampilkan dalam satu bekas plastik.

Tidak dinafikan, sejak penampilan pemain muzik digital tiba di dalam industri, seni dalam satu album dan kaset itu turut pudar. Dahulunya, kita akan membeli sesuatu kaset dengan gambaran genre dan tema album melalui cover album yang ditampilkan di bekas plastik. Bukan itu sahaja, syarikat rakaman juga turut menyisipkan liriknya, gambar kolaj dan juga senarai lagu yang dibawa.

assorted books on brown wooden shelf

Sudah tentu jika dibandingkan dari segi kualiti, pemain muzik digital menerajui tangga yang teratas. Selain itu, pada masa kini saya boleh menyenaraikan sebanyak mana lagu dan juga muzik tanpa had ke dalam peranti pintar. Tidak kira genre apa yang saya minati minggu ini, saya dapat mencari muzik dengan lebih mudah.

Apakah Sebab Pita Kaset Tidak Lagi Dikeluarkan Oleh Syarikat Rakaman?

Untuk pengetahuan anda, penjualan pita kaset semakin menurun disebabkan oleh peningkatan dalam penjualan CD untuk merakam dan memainkan muzik.

Hal ini kerana, CD lebih mudah dan mempunyai keupayaan penyimpanan data yang lebih baik selain menawarkan kualiti audio yang lebih memuaskan. Bukan itu sahaja, kecenderungan untuk CD menjadi rosak adalah tips berbanding pita kaset kerana gulungan filem di dalamnya mudah rosak dan sangat sensitif.

white cassette tape close-up photography

Seterusnya, menjelang 2010 penawaran perkhidmatan penstriman yang berkemampuan untuk mengalirkan audio dan mendengar lagu-lagu kegemaran yang telahpun sohor kini tidak kira untuk golongan milennial mahupun generasi lain.

Sejarah pemain audio dan muzik bermula dari cakera vinil, kemudian bermulanya industri pita kaset dan berubah CD terus kepada muat turun digital.

Bahkah, ia bukan sekdar format dan medium penyampaian yang berubah. Malah, gaya pencipta muzik dan lagi membuatnya turut berubah. Yang dahulunya durasi lagu sekitar 4 hingga 5 minit dan kini dihadkan kepada 1 hingga 2 minit sahaja. Menarik bukan?

Sumber: Medium