Nikmati Harga Serendah RM12 Untuk Jualan 12.12 Di Modanisa.com – Dapatkan Juga Abaya Percuma

Bersempena jualan 12.12 ini, Modanisa.com iaitu platform membeli-belah yang memperagakan busana muslimah membawakan tawaran dan promosi menarik bermula hari ini sehingga 20 Disember 2020 kelak.

Terdapat ribuan pilihan produk yang ditawarkan daripada 800 jenama bertaraf antarabangsa daripada Turki pada diskaun bermula 50% sehingga 90%, dan juga harga selepas diskaun serendah RM12.

Bukan itu sahaja, platform ini juga dilihat membawakan tawaran harian yang dinamakan ‘Daily Surprise’ setiap hari sepanjang minggu depan.

Selain daripada penghantaran percuma, para pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM210 dalam satu resit boleh menebus dan menerima sehelai baju abaya secara percuma.

Sementara untuk yang berbelanja sehingga RM450, anda boleh mendapatkan pulangan tunai bernilai RM80.

Menarik bukan? Melalui kempen “Spend and Save” juga, anda boleh menebus kod kupon dan menggunakannya sebelum melakukan transaksi pembayaran yang mana kod ini boleh didapatkan bermula 14 sehingga 20 December 2020.

Bagi yang berminat, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Modanisa untuk mengetahui informasi berkenaan produk yang ditawarkan sehari sebelum tawaran diberikan.