Tahukah Anda Udang Karang Dahulu Bukan Makanan Mewah – Pernah Mencapai Harga 11 Sen?

Jika anda ke restoran mewah atau mana-mana kedai makan yang menyajikan menu udang karang, pastinya harga yang ditawarkan mencecah ratusan ringgit.

Tapi tahukah anda, udang karang ini sebenarnya menjadi makanan mewah yang popular pada akhir tahun 1800-an. Apa yang terjadi sebelum ia menjadi mahal dan popular?

smoking lobster

Sekitar abad ke-17 dan ke-18, di pasaran terdapat terlalu banyak udang karang sehingga membuatkannya tidak bernilai. Dan akibat daripada itu, masyarakat zaman dahulu mula menghidangkan udang galah kepada kambing, lembu dan orang Asli Amerika menggunakannya sebagai baja dan umpan ikan.

Penduduk di Massachusetts Bay Colony pada masa itu melihat terlalu udang karang di persisiran pantai sehingga orang menganggap makanan tersebut sebagai sampah. Apa yang lebih teruk, jika anda membeli kacang panggang pada harga 53 sen sementara udang karang pula dijual pada harga 11 sen sahaja di Amerika Syarikat.

Mengapa Harga Udang Karang Boleh Naik Mendadak?

Harga udang karang menjadi mahal semenjak tahun 1920-an. Pada waktu itu. tidak ada yang mampu membeli hidangan ini di restoran. Ia telah menjadi suatu makanan yang istimewa dan hanya dimakan oleh bintang filem ketika mereka pergi makan malam.

person cutting lobster

Bukan itu sahaja, akibat dari kuantiti dan jumlahnya yang terlalu banyak juga, para koloni terdahulu ingin mula mengekploitasi makanan ini dan cuba untuk mengeksportnya ke Eropah.

Oleh kerana dasar politik dan undang-undang yang telah dilaksanakan mereka, penangkapan udang karang yang berlebihan sekaligus membuatkan harga udang karang ini terus melonjak naik. Penangkapan ini dilihat meningkat lebih 8 kali ganda menjelang tahun 1950-an.